Premium
Dulu ikrar derma darah, kini sumsum tulang
Penuntut poly antara 560 pengikrar dalam Program Penderma Sumsum Tulang
Feb 24, 2016 | 5:30 AM
DAFTAR DIRI: Bermula sebagai penderma darah, kini Encik Faris Ashaari (duduk kiri) mendaftarkan diri sebagai pengikrar sumsum tulang pula sambil disaksikan Cik Deena Sabrina Anwar (berdiri kanan). - Foto M.O. SALLEH -
SEJAK berusia 16 tahun, Encik Faris Ashaari sudah mendaftarkan dirinya sebagai penderma darah dengan izin kededua orang tuanya.
Keyakinannya bahawa amalan menderma darah akan dapat membantu menyelamatkan nyawa pesakit dan orang yang memerlukan pemindahan darah membuka hatinya berbuat demikian.

