Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Elfira Loy bagai puteri raja

Jan 6, 2019 | 5:13 PM
IBARAT PUTERI RAJA: Elfira Loy tampak ayu menggayakan gaun ilham pereka kesayangannya, Rizman Ruzaini, bagi majlis persandingannya dan suami, Muhammad Faris Khairol Anuar, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 5 Januari 2018.
IBARAT PUTERI RAJA: Elfira Loy tampak ayu menggayakan gaun ilham pereka kesayangannya, Rizman Ruzaini, bagi majlis persandingannya dan suami, Muhammad Faris Khairol Anuar, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 5 Januari 2018. - Foto INSTAGRAM / ELFIRA LOY

SELEPAS menamatkan zaman bujangnya pada 1 Januari lalu, pelakon dan usahawan muda Elfira Loy serta pasangannya, Muhammad Faris Khairol Anuar, disambut meriah tetamu dalam satu majlis persandingan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) malam tadi (5 Januari).

Portal Media Hiburan melaporkan Elfira, yang nama sebenarnya ialah Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, 24 tahun, mengenakan persalinan ilham pereka kesayangannya, Rizman Ruzaini.

Memuat naik gambar beliau menggayakan gaun yang disifatkan ibarat puteri raja oleh sesetengah pengguna Facebook itu, Elfira berkata:

"Saya tidak dapat terucap rasa gembira saya dengan baju, solekan dan sebagainya. Terima kasih kerana merealisasikan impian gadis ini malam tadi.

"Saya sangat gembira dan saya tidak fikir saya ingin mengubah apa pun."

Elfira dan suaminya yang merupakan pengurus besar syarikat telekomunikasi terkemuka di Malaysia dinikahkan oleh bapa Elfira sendiri, Ahmad Sabri Ariffin, dalam sebuah majlis tertutup di sekitar Cyberjaya sebelum ini.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg