Elizad sertai Super Spontan bagi kembang bakat, pengalaman
Premium
Elizad sertai Super Spontan bagi kembang bakat, pengalaman
Sep 5, 2018 | 5:30 AM
CUBA SESUATU YANG BARU: Demi kembangkan bakat dan pengalamannya, Elizad Sharifuddin mencuba sesuatu yang baru pula iaitu genre komedi dan spontan dengan menyertai Super Spontan Xtravaganza (SSX). - Foto INSTAGRAM ELIZAD SHARIFUDDIN -
Setiap watak yang dimainkan pasti meninggalkan kesan di hati penonton.
Dari watak sombong seorang wanita yang mempunyai kerjaya di siri Teman Lelaki Upahan, ke watak seorang anak kaya yang manja dan selamba dalam komedi Si Kolot Suamiku, ke watak wanita lasak yang menunggang motosikal kuasa besar untuk Papa Ricky dan hinggalah ke watak wanita baik dan lembut yang dimadukan oleh suaminya dengan kawan baiknya sendiri tanpa pengetahuannya dalam Syurga Yang Kedua.

