SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Ella bakal adakan konsert gah, bukan bersara

Ella bakal adakan konsert gah, bukan bersara

Mar 15, 2023 | 5:30 AM

Ella bakal adakan konsert gah, bukan bersara

MASIH BERLAGU: Sebelum ini, Ella memadamkan semua gambar dalam akaun Instagram beliau sekali gus menimbulkan spekulasi beliau mahu bersara. - INSTAGRAM ELLAAMINUDDINS
MASIH BERLAGU: Sebelum ini, Ella memadamkan semua gambar dalam akaun Instagram beliau sekali gus menimbulkan spekulasi beliau mahu bersara. - INSTAGRAM ELLAAMINUDDINS -

KETEPIKAN spekulasi mahu bersara daripada dunia muzik gara-gara tindakan memadam foto di Instagram (IG), baru-baru ini.

Hakikatnya, Ratu Rok Ella atau nama sebenarnya, Nor Zila Aminuddin, ada berita baik yang mahu dikongsi dengan peminat setia.

Ketika persoalan apakah benar Ella mahu meletakkan noktah kepada kerjaya seni hangat diperkatakan netizen, beliau membuat kejutan dengan mengumumkan bakal mementaskan konsert mega.

Konsert diberi nama, 35 Tahun - Jilid Akhir: Ella Puteri Kota itu bakal dianjurkan di Axiata Arena Bukit Jalil, Kuala Lumpur, pada 10 Jun depan.

Berkongsi keterujaan penganjuran konsert itu, Ella, 57 tahun, berkata, acara itu dianggap hadiah dan ucapan terima kasih kepada peminat yang tidak pernah jemu menyokong kerjaya seninya sejak lebih tiga dekad lalu.

"Selama ini, saya sering tertanya-tanya apakah mereka masih mahukan saya berada di sini (bidang seni).

"Selepas insiden padam gambar di IG, saya terima ribuan komen dan mesej bertanya apakah benar saya ingin bersara.

"Ada antara mereka menangis dan merayu meminta saya untuk menimbang semula keputusan itu.

"Pengakuan mereka itu membuatkan saya terkejut. Ini secara tidak langsung menjawab pelbagai persoalan dalam fikiran sebelum ini," kata Ella dalam laporan Harian Metro.

Apabila dapat penghargaan seperti itu, saya sangat terhutang budi kepada peminat.

Selain mengubat rindu, Ella menganggap konsert itu bagi meraikan peminat," katanya pada sidang media mengumumkan, Konsert 35 Tahun - Jilid Akhir: Ella Puteri Kota, di ibu negara, Jumaat lalu.

Konsert selama lebih dua jam itu bakal menyaksikan Ella mendendangkan 35 lagu popularnya.

"Sebenarnya, Ella dapat banyak permintaan hingga terpaksa memendekkan senarai lagu untuk disesuaikan dengan tempoh konsert.

"Antara lagu wajib yang akan didendangkan adalah, Sepi Sekuntum Mawar Merah, Sembilu dan Pengemis Cinta.

Pada sidang media itu, Ella mendedahkan terpaksa menolak tujuh tawaran lain demi menjayakan konsert berkenaan.

"Sebelum ini, Ella terima tawaran daripada tujuh penganjur berbeza, namun, semuanya terpaksa ditolak.

"Bukan bermakna tawaran lain tidak bagus, sebaliknya, Ella terima tawaran daripada Hitman Solutions ini kerana mereka berpengalaman mementaskan konsert terutama membabitkan artis antarabangsa.

"Dengan kepakaran dimiliki dan pengalaman 35 tahun Ella dalam dunia 'showbiz' dengan dibantu syarikat pengurusan, RockQueen, konsert ini akan menjadi lebih besar," katanya.

Mengulas harga tiket konsert yang dianggap lebih rendah berbanding dengan status sebagai bintang legenda, penyanyi bersuara serak basah itu memberitahu, harga tiket yang ditetapkan adalah atas permintaannya sendiri.

"Tiket paling murah adalah RM99 ($30) manakala paling mahal RM499.

"Ella mahu harga tiket dijual begitu kerana tahu peminat merangkumi pelbagai golongan.

"Ella mahu mereka datang dan dapat bersama Ella meraikan hari yang penuh bermakna itu," katanya.

Bagaimanapun, di Instagram beliau pada Selasa, terdapat hantaran yang mengkhabarkan tiket habis dijual dalam masa 24 jam!

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg