Premium
Elly kini jejaki bahagia
Dec 29, 2016 | 5:30 AM
AMANAH LEBIH BESAR: Elly Mazlein enggan orang ramai berpandangan jelik terhadap ibu tunggal dan janda sepertinya yang sebenarnya memikul tanggungjawab lebih besar menjaga keperluan anak seorang diri. - Foto BUDIEY -
TAHUN 2016 yang bakal dilabuhkan tirainya dalam masa dua hari lagi memang penuh asam garam dan pahit maungnya buat diri penyanyi dan pelakon manis, Elly Mazlein.
Pergeseran dan perbalahan dengan bekas suami, pengarah drama Azmi Hatta, yang kerap menjadi bual bicara orang ramai di dada siber, memang satu tamparan hebat buatnya.

