Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Elyana ceria sambut Syawal, bebas barah limfoma

May 24, 2022 | 05:30 AM



SEPERTI mendapat kehidupan baru.



Begitulah yang dirasakan penyanyi Malaysia yang popular dengan lagu Kalis Rindu, Elyana Emrizal, 35 tahun, yang menyambut Syawal dengan kesyukuran selepas dibebaskan daripada cengkaman penyakit barah limfoma tahap empat.



Elyana berkata, beliau, suami dan anak-anaknya berasakan Syawal ini memberikan sinar kepada mereka sekeluarga.



"Tidak hanya menyambut Ramadan dengan gembira, malah, raya kali ini juga memberi makna yang berbeza.



"Ini disebabkan kali pertama saya meraikan Syawal selepas saya disahkan bebas kanser. Tahun lalu, saya sedang menjalani rawatan ketika Syawal.



"Persiapan tahun ini juga agak istimewa disebabkan berat badan saya juga semakin bertambah.



"Baju raya semuanya kena beli dengan saiz lebih besar. Sebelum ini, saya pakai saiz 'extra small', sekarang sudah kena pakai baju 'medium'. Alhamdulillah," katanya kepada BH Online, portal yang dikendalikan Berita Harian Malaysia.



"Selalunya, kami memang akan pergi bercuti pada Syawal. Saya dan suami suka membawa anak-anak berjalan.



"Lagi pula, ibu bapa mentua sudah tiada, manakala ibu bapa saya pula di Shah Alam.



"Kebiasaannya, saya dan adik-beradik beraya di rumah orang tua pada hari raya pertama. Kemudiannya, mereka pulang ke rumah mentua, jadi hanya kami sahaja yang tinggal.



"Disebabkan itu, kami akan pergi bercuti selepas hari raya pertama," katanya.



Jujurnya, Elyana berkata, percutian lebih bermakna kerana sebelum ini, beliau hanya duduk dalam bilik kerana tidak larat.



"Namun, saya tidak akan melepaskan peluang membawa anak-anak berjalan. Anak-anak paling seronok," katanya.



Dalam perkembangan lain, ibu kepada Cinta Sumayyah dan Cahaya Ramadhani itu mahu tampil menerusi saluran YouTube selepas Aidilfitri ini.



Kata Elyana, ia bertujuan memberikan inspirasi kepada mereka yang melalui dugaan hidup sepertinya.



"Saya mahu memberikan keceriaan kepada penonton. Apabila tengok saya, mereka ceria dan melupakan kesakitan yang dihadapi.



"Bagi saya, kesakitan adalah dugaan. Semua manusia dalam dunia ada ujian masing-masing.



"Kita rasa ujian hidup kita paling berat, tetapi ada yang diuji dengan lebih berat lagi.



"Jadi, kena hadapi semua ujian dengan jiwa terbuka agar tidak mendalam kesedihan dialami. Bagi saya, menjaga emosi sangat penting," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >