Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Elyana syukur masih gigih kerja walau kesihatan tak tentu

Nov 11, 2024 | 5:24 PM
Elyana masih lagi mengambil langkah berjaga-jaga dan meneruskan rawatan kemoterapi walaupun disahkan bebas daripada barah limfoma pada 2022.
Elyana masih lagi mengambil langkah berjaga-jaga dan meneruskan rawatan kemoterapi walaupun disahkan bebas daripada barah limfoma pada 2022. - Foto BHM

Walaupun sudah dua tahun (pada 2022) disahkan bebas daripada penyakit barah limfoma yang dideritai selama 11 tahun, penyanyi dan pelakon Malaysia, Elyana, mengakui keadaan kesihatannya tetap tidak menentu.

Elyana, atau nama sebenarnya, Erneelya Elyana Emrizal, berkata apabila seseorang pernah menghidap barah, sukar untuk memaklumkan keadaan dirinya betul-betul sudah sihat.

Namun Elyana, 37 tahun, mensyukuri tenaga yang Tuhan beri untuknya terus bekerja walaupun situasinya tidak menentu.

“Keadaan kesihatan saya, tak tahulah nak cakap sudah okey.

“Sebab, bila kita sudah dapat satu sakit macam barah ini, kadang-kadang kesihatan okey dan kadangkala sebaliknya.

“Jadi, kalau nak cakap sepanjang masa okey pun, tidak juga.

“Tapi, setakat ini, saya sudah boleh ‘berdamai’ dengan keadaan saya.

“Apabila datang sakit, saya sudah tahu nak buat apa,” katanya kepada akhbar Harian Metro.

Ibu dua anak (seorang daripadanya anak angkat) itu ditemui di Majlis Sentuhan Kasih Madani anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) di Kuala Lumpur.

Elyana turut mendedahkan beliau masih lagi menjalani rawatan kemoterapi atas saranan doktor.

“Buat masa sekarang, saya memang masih lagi melakukan rawatan kemoterapi di hospital untuk 12 pusingan berdasarkan apa yang disarankan doktor.

“Sebenarnya, selepas dua tahun lalu apabila doktor mengesahkan barah limfoma saya sudah tiada, memang ada rawatan (kemoterapi) kena dilakukan untuk mencegah barah datang semula.

“Tapi, saya masih perlukan masa untuk bertenang dulu, jadi sekarang ini sudah bersedia.

“Cuma, saya baru buat empat pusingan kemoterapi dan selebihnya mengikut keputusan ujian kesihatan yang dibuat,” katanya.

Mengulas tentang kerjaya nyanyiannya pula, penyanyi lagu, Tak Tercapai Akalmu, ini berkata beliau masih lagi mendapat tawaran menyanyi termasuk sudah merakamkan single baru bertajuk, Bungkam, ciptaan Adi Priyo dan lirik tulisan Elyana sendiri.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg