Emilia Contessa pukau penonton di 'Keroncong Nusantara' Pesta Raya
Premium
Emilia Contessa pukau penonton di 'Keroncong Nusantara' Pesta Raya
May 21, 2023 | 5:30 AM
SUSURI JALAN KENANGAN: Emilia Contessa (kanan) mengembalikan ingatan penonton konsert Simfoni Keroncong Nusantara pada lagu malar segar yang pernah didendangkan bersama Broery Marantika, Setangkai Anggerek. Gandingannya kini adalah Eddy Ali. - Foto ALOYSIUS LIM -
JIKA anda dewasa pada era 1970-an dan 1980-an, pastinya lagu daripada filem fenomena Indonesia, Akhir Sebuah Impian seperti Layu Sebelum Kembang dan Mimpi Sedih terpahat dalam ingatan kerana keunikan suara bintang legenda Emilia Contessa.
Pada Jumaat, ribuan peminat Emilia, 65 tahun, tidak layu di kerusi empuk Dewan Konsert Esplanade dan pastinya pulang dengan mimpi manis apabila menyaksikan biduanita itu muncul setelah sekian lama pada acara Simfoni Keroncong Nusantara sempena Pesta Raya anjuran Esplanade.

