Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Enam peserta termasuk Hady, Jatt ke peringkat akhir Gegar Vaganza 6

Dec 16, 2019 | 12:28 AM
ENAM FINALIS: Wajah gembira enam finalis GV6 yang bersiap sedia untuk lebih kerja keras sebagai persiapan peringkat akhir di auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Ahad ini.
ENAM FINALIS: Wajah gembira enam finalis GV6 yang bersiap sedia untuk lebih kerja keras sebagai persiapan peringkat akhir di auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Ahad ini. - Foto-foto ASTRO GEMPAK

DUA bakat Singapura, Hady Mirza dan Jatt Ali, berjaya mara ke peringkat akhir Gegar Vaganza 6 (GV6) yang berlangsung di auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) Ahad ini. Selepas pertarungan sengit selama 10 minggu, Hady, 39 tahun dan Jatt, 63 tahun, tersenarai sebagai antara enam peserta dengan markah tertinggi di pusingan separuh akhir malam tadi (15 Disember).

Empat finalis lain adalah Naqiu, One Nation Emcees, Nurfatima dan Sham Visa. Perjalanan Wann dan Noorshila Amin pula terhenti malam tadi dengan kedua-duanya pulang dengan pengalaman manis mengembalikan semula cinta pada bidang nyanyian dan mengubati rindu peminat. Dengan dendangan lagu All My Life serta Takdir Tercipta (didendangkan bersama Dia Fadila), Hady berada di tangga teratas dan turut memenangi Anugerah Artis Cili Padi Paling Power dengan membawa pulang RM10,000 ($3,272). Anugerah itu diberi pengadil buat bintang paling menyerlah dengan persembahan terbaik.

Pada Ahad ini, finalis perlu menyanyikan satu lagu solo dan turut terlibat dalam pusingan 'battle' di mana mereka akan dipasangkan sesama sendiri. Hadiah juara berupa wang tunai RM100,000 dan pakej percutian ke Eropah Timur dan Timur Tengah menjadi rebutan. Dalam pada itu, media sosial dihujani ucapan tahniah warganet buat kesemua finalis. Noor Aslina Niti menulis: "Saya tak sabar mendengar Hady menyanyikan lagu Ernie Zakri, Ku Bersuara, di pusingan akhir nanti. Saya tidak pernah mendengar lagu asalnya tetapi setelah menyemak di YouTube, nampaknya ia adalah lagu dengan jiwa. Harap-harap Hady dapat beri yang terbaik dan memenangi GV6." Halil Nasil pula menambah: "Saya yakin persaingan sengit antara dua vokalis hebat dan peserta mantap di GV6, Hady dan Naqiu."

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg