Enggan berdendam, Ziana tidak pisahkan kasih sayang anak dengan bekas suami
Premium
Enggan berdendam, Ziana tidak pisahkan kasih sayang anak dengan bekas suami
May 23, 2021 | 5:30 AM
TEPIS TOHMANAN: Ziana Zain, menerusi rakaman video terbitan majalah 'Kosmo', berkata beliau sedar ada kalangan saudara-mara menuduhnya memisahkan empat anaknya dengan bekas suami, Armin Zaharin. - Foto ZIANA ZAIN/IG -
WALAUPUN pernah melalui masa getir yang meruntuhkan rumah tangganya, penyanyi Ziana Zain berkata beliau tidak pernah menaruh dendam terhadap bekas suami dan tidak pernah cuba memisahkan kasih sayang antara bapa dengan anak.
Ziana, 53 tahun, menerusi rakaman video terbitan majalah Kosmo, berkata beliau sedar ada kalangan saudara-mara menuduhnya memisahkan empat anaknya dengan bekas suami, Armin Zaharin.

