Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22

Artis M'sia dalam PKP 2.0: Ernie, Syamel tidak tunda nikah

Gaya Hidup
31
0

Artis M'sia dalam PKP 2.0: Ernie, Syamel tidak tunda nikah

Jan 30, 2021 | 10:37 PM

KUALA LUMPUR: Fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 tidak menghalang pasangan penyanyi popular, Ernie Zakri dan Syamel bagi meneruskan hari bersejarah dalam hidup mereka.

Ernie dan Syamel dijangka melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi bagaimanapun enggan mendedahkan tarikh pernikahan mereka, buat masa ini, lapor Berita Harian Malaysia.

Ernie, pelantun lagu Gundah itu berkata, beliau dan tunangnya akur dengan situasi pandemik Covid-19 dan penekanan dalam situasi norma baru. Enggan memperincikan tarikh tepat bakal disatukan sebagai suami isteri, Ernie berharap agar perjalanan majlis perkahwinannya dipermudahkan.

"Setakat ini, saya dan Syamel belum terfikir untuk menunda majlis perkahwinan biarpun situasi pandemik Covid-19 semakin mencanak ketika ini.

"Sebolehnya, kami tidak menangguhkannya. Mungkin apa yang dirancang sebelum ini tidak dapat dilakukan seratus peratus memandangkan perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

"Persiapan perkahwinan sudah hampir siap. Jadi, tak perlulah kami melengahkan hari bahagia ini. Cuma, saya percaya, kita hanya merancang, Tuhan juga menentukannya. Apa sahaja boleh terjadi menjelang detik yang dinantikan. Disebabkan itu, saya tidak boleh memberitahu apa yang dirancang," katanya lagi.

Dalam keterujaan bergelar isteri, hati Ernie atau nama sebenarnya, Nur Ernie Shahirah Zakri tetap bimbang dengan penularan pandemik Covid-19 yang semakin menggila.

"Situasi tak dijangka ini antara penyebab untuk saya sukar memberi pengesahan tepat mengenai hari perkahwinan kami. Bukan sengaja mahu bermain tarik tali, cuma apa sahaja kemungkinan boleh terjadi," katanya.

Ernie berkata, jauh di sudut hati, beliau mengimpikan majlis besar-besaran, tetapi ia bukanlah satu yang dikejar pada saat berdepan kemelut yang melanda seluruh dunia ini.

"Sekarang pun PKP 2.0 dilanjutkan tempoh. Jadi, jika dapat meraikan bahagia bersama keluarga, sanak saudara dan teman rapat pun dikira memadai.

"Cukup majlis dianjurkan dalam skala kecil membabitkan keluarga dan teman rapat. Saya dan Syamel masih mempertimbangkan tetamu yang mahu diundang.

"Saya dan Syamel tak mahu majlis perkahwinan kami pula dianggap penyebaran kluster baru. Minta simpang perkara buruk," katanya.

Ernie, Syamel yang mengikat pertunangan 16 Ogos, tahun lalu berkata, persediaannya membeli rumah baru bukan alasan mahu berkahwin.

"Saya bersyukur dapat membeli rumah sendiri sebelum berkahwin. Saya pernah meletakkan sasaran membeli rumah sebelum penghujung 30-an. Alhamdulillah, saya berjaya mencapai impian.

"Kini, saya sudah berusia 28 tahun dan bakal mendirikan rumah tangga. Semuanya bagai tersusun cantik dan tepat seperti yang dirancang," katanya. - Berita Harian Malaysia

 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3