Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Ernie Zakri dan suami terus diganggu ‘peminat misteri’

Feb 13, 2024 | 05:30 AM



Ernie Zakri mengaku beliau mula diganggu peminat misteri sejak bertunang dengan Syamel, namun penyanyi itu menafikan tuduhan beliau telah menjalin hubungan sulit dengan seorang pemuzik seperti difitnah individu tersebut.

Ernie menyifatkan tuduhan dilemparkan individu berkenaan sebagai “mengarut”.

“Kalau boleh, saya tidak mahu beri perhatian kepada isu (fitnah yang didakwa disebar individu misteri) kerana ia membuang waktu dan tenaga saya.

“Saya sebenarnya sudah lama diganggu individu terbabit, iaitu sejak beberapa tahun lalu, ketika saya sudah bertunang dengan Syamel.

“Saya tidak fikir dia layak mendapat komen (perhatian) daripada saya. Malah, saya tidak mahu tahu kewujudannya.

“Yang penting, saya dan keluarga tahu kehidupan kami. Semoga Allah pelihara hubungan saya dengan suami,” katanya seperti yang dilapor BH Online.


Ernie, atau nama penuh Nur Ernie Shahirah Zakri, mendakwa individu terbabit seolah-olah mengalami masalah mental kerana kerap mengambil tahu soal kehidupannya dan keluarga.

“Saya fikir teman pemuzik itu juga dapat mesej sama seperti saya dan Syamel terima iaitu ada unsur tuduhan dan fitnah.

“Saya fikir orang itu sakit. Kenapa kita hendak layan orang yang kurang sihat? Saya fikir kami diganggu orang sama.

“Ketika diberitahu rakan pemuzik itu, kami tergelak. Mesej seumpama itu sudah selalu kami terima.

“Saya hanya minta teman pemuzik itu bertenang dan tidak buat kenyataan. Individu misteri itu seolah ada banyak masa hendak gali kehidupan masa kini dan lampau saya,” katanya.

Ernie berkata beliau dan Syamel pernah menasihati individu itu tetapi tidak diendahkan.

“Saya tidak tahu sama ada individu ini obses dengan saya atau Syamel. Mungkin mereka tidak boleh terima perkahwinan kami.

“Tidak semua suka tengok kita berdua dan berkongsi video manis. Hal ini terjadi mungkin disebabkan cemburu. Saya tak sangka wujud orang seperti itu. Saya doakan yang baik-baik buat dia,” katanya.

Baru-baru ini, Ernie terkait dengan isu skandal yang timbul selepas pemuzik yang juga teman Ernie memuat naik hantaran berbentuk tangkap layar. Catatan itu antara lain menuduh beliau menjalin hubungan dengan penyanyi Astana itu hanya kerana mengenakan pakaian sedondon di Instagram Story (IGs).

Pemuzik terbabit menafikan dakwaan itu dan menganggap Ernie hanyalah rakan sekerja.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >