Pengguna Berdaftar
Ernie Zakri kongsi inspirasi seni di BH
Jun 5, 2024 | 6:22 PM
Kunjungan penyanyi bersuara merdu bak buluh perindu, Ernie Zakri, ke pejabat Berita Harian pada 5 Jun, bagaikan satu hadiah buat beberapa wartawan dan penyunting yang meminati lagu beliau, khususnya yang sedang hit di gedung digital, Masing-Masing.
Ernie atau nama sebenarnya, Nur Ernie Shahirah Zakri, 31 tahun, hadir ke Singapura dengan pihak pengurusannya daripada Universal Music Group (Malaysia) kerana merupakan penyanyi undangan bagi konsert bintang Indonesia, Judika, yang akan diadakan di Teater The Star pada 8 Jun.
Laporan berkaitan
Bella, Adira popularkan lagu Ernie hingga ke IndonesiaApr 30, 2024 | 9:21 PM
‘Ha Ha Ha Hari Raya’ ambil inspirasi zaman 50-anApr 19, 2024 | 12:46 PM

