MEMULAKAN tugas sebagai penyampai radio sementara di slot Duo Sinar sejak 7 Februari lalu, pelakon dan penyanyi Erra Fazira, atau nama sebenar, Fazira Wan Chek, 49 tahun, memberitahu kerjaya tersebut memberi satu kepuasan baru buatnya.

Beliau mengakui kerjaya itu sangat mencabar namun beliau mula seronok dan jatuh cinta dengan tanggungjawab baru itu, menurut laman mStar.