Eyka terlepas berlakon di Indonesia dek pandemik
Premium
Eyka terlepas berlakon di Indonesia dek pandemik
Apr 14, 2022 | 5:45 AM
Eyka terlepas berlakon di Indonesia dek pandemik
"Secara jujurnya, saya kecewa sangat. Ia adalah satu daripada impian untuk berlakon di Indonesia. Jadi, apabila mendapat peluang pasti saya mahu teruskan, apatah lagi, drama 'Pretty Little Liars' akan bersambung sehingga musim kelima. Disebabkan rasa kecewa, saya tidak keluar bilik selama seminggu. Namun, apabila saya fikir balik, mungkin ada rezeki lain. Jadi, kalau diberikan tawaran lagi untuk berlakon di Indonesia, saya tidak akan menolak." - Eyka Farhana yang tidak dapat berlakon dalam musim ketiga 'Pretty Little Liars'. - Foto INSTAGRAM EYKA FARHANA -
KUALA LUMPUR: Diberi kepercayaan membintangi karya terbitan negara seberang, Indonesia, menerusi drama rantaian, 'Pretty Little Liars' menjadi peluang yang berharga buat pelakon kecil molek, Eyka Farhana.
Eyka berkata peluang adalah satu langkah positif buatnya untuk melebarkan sayap dalam bidang lakonan, namun tawaran kembali menjayakan musim ketiga karya adaptasi drama Hollywood itu terpaksa ditolak ekoran pandemik Covid-19.

