Topik diikuti
Pergi ke BHkuFahami kemahiran diri dan pilih kerjaya yang sesuai
Fahami kemahiran diri dan pilih kerjaya yang sesuai
Fahami kemahiran diri dan pilih kerjaya yang sesuai

MENASIHATKAN PELAJAR MENGENAI KERJAYA: Semasa SkillsFuture Fiesta di Politeknik Republic (RP), Cik Noormala Atan (berdiri) mengongsi tentang hal ehwal semasa, perubahan yang berlaku di dunia, dan bagaimana menyesuaikan kemahiran pelajar bagi keperluan kerjaya mereka pada masa depan. -
Aug 20, 2016 | 5:30 AM
APABILA anda mendapati kerjaya yang relevan dengan kemahiran anda, daya penghasilan dan motivasi terhadap tugas itu pasti akan bertambah.
Itu sebabnya adalah penting bagi mendapatkan bimbingan tertentu jika anda tidak pasti tentang pekerjaan pada masa depan, kata Cik Noormala Atan, seorang kaunselor Bimbingan Pendidikan dan Kerjaya (ECG) di Politeknik Republic (RP).