Pengguna Berdaftar
Farhan lega tamat pengajian, tidak sabar lancar single
Jan 23, 2022 | 6:40 PM
TIDAK TERBURU-BURU: (Dari kiri) Bintang muda generasi milenial, Farisha Ishak dan Farhan Shah yang baru tamat pengajian masing-masing akur dengan sikap tidak terburu-buru dan memastikan diri sendiri bersedia, baik dalam projek seni ataupun dalam memburu ilmu. - Foto BM oleh NUR DIYANA TAHA -
Setelah mengharungi jerih payah mengorbankan masa dan tenaga bagi pengajian peringkat sarjana muda mahupun sarjana, dua bakat tempatan ini kini bersedia kembali pada cinta pertama dalam bidang seni. Wartawan HARYANI ISMAIL (haryani@sph.com.sg) melaporkan rancangan terkini mereka dalam mengimbangi alam pekerjaan dan seni.
PERASAAN lega memenuhi benak penyanyi tempatan dan bekas peserta Singapore Idol 3, Farhan Shah, setelah tamat pengajian Sarjana Komunikasi Pemasaran daripada Universiti Melbourne di Australia, baru-baru ini.

