Premium
Fasha puji budi pekerti penghantar makanan
Feb 24, 2023 | 5:30 AM
BERI KATA PERANGSANG: Fasha Sandha (kiri) yang ditemani suami, Aidil Aziz (tengah), memuji sikap penghantar makanan, Shahril Zakaria, yang tidak lari daripada kesilapan terlanggar kereta mewah dan baik budi pekertinya. - Foto INSTAGRAM FASHA SANDHA -
HASRAT pelakon Malaysia, Fasha Sandha, untuk bertemu dengan penghantar makanan yang tular di media sosial disebabkan melanggar sebuah kereta mewah menjadi kenyataan setelah abang iparnya berjaya membantu mempertemukan mereka.
Fasha, menerusi hantaran di Instagram, menitipkan rasa syukur apabila dapat bertemu dengan penghantar makanan yang tular itu, malah memuji sikapnya yang baik budi pekerti.

