Topik diikuti
Pergi ke BHkuFasha Sanda cedera semasa penggambaran

- Foto INSTAGRAM FASHA SANDA
Mar 8, 2023 | 5:30 AM
Fasha Sanda cedera semasa penggambaran
FASHA Sanda (gambar) yang kini dirawat di sebuah hospital di Johor Bahru kerana kecederaan mata semasa penggambaran drama Anak Tuan untuk TV3, telah berkongsi rakaman video bagaimana kemalangan itu berlaku.
Petikan video itu menunjukkan detik-detik akhir sebelum pelakon Azhan Rani menolaknya ke dalam sebuah bilik, diikuti dengan jeritan Fasha sambil menangis kesakitan.