Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Fasha Sandha rancang lalui IVF untuk timang anak lelaki

Dec 26, 2023 | 12:26 PM



PUTRAJAYA: Mengidam untuk memiliki cahaya mata lelaki pada 2024, pelakon Fasha Sandha merancang untuk menjalani rawatan persenyawaan in-vitro (IVF).


Menurut Fasha atau nama sebenarnya, Nur Fasha Sandha Hassan, 39 tahun, keputusan tersebut dibuat bersama suaminya, pelakon Aidil Aziz, kerana mahu mendapatkan anak lelaki.

“Memang kami merancang begitulah kerana mahu terus pilih jantina. Namun, belum tahu lagi kerana itu semua kerja Allah kami hanya merancang,” ujar Fasha kepada laman web, Kosmo! Online.

Tambah Fasha, beliau bakal berjumpa doktor untuk mendapatkan keterangan dan nasihat berhubung rawatan IVF sekitar 2024.

“Saya tidak tahu apa yang berlaku sebab belum berjumpa dengan doktor lagi. Selepas selesai penggambaran drama, Malang Si Puteri pada, Februari tahun depan (2024) barulah saya akan berjumpa doktor.


“Saya akan pastikan semua komitmen lakonan selesai barulah saya boleh fokus untuk menambah anak,” ujar Fasha yang ditemui pada majlis kesyukuran Fasha bersama suami dan adiknya, Elisya Sandha pada 24 Disember.

Demi mendapatkan cahaya mata lelaki, Fasha bersedia memperlahankan kerjaya lakonan buat sementara waktu, bahkan keputusan tersebut mendapat sokongan suaminya.

“Jika buat IVF memang perlu perlahankan kerjaya lakonan kerana berlakon agak memenatkan terutama pada trimester pertama lagi perlu berjaga-jaga,” ujar Fasha.

“Kami memang inginkan anak lagi, itu adalah salah satu impian 2024, tetapi semuanya atas kuasa Allah,” tambah Aidil pula.

Malahan, Fasha juga memberitahu anak bongsunya, Aisha Amaira, tiga tahun, agar bersedia menjadi kakak. Aisha, katanya, amat sukakan bayi.

“Aisha pun sudah bersedia untuk ada adik, dia sangat sukakan ‘baby’,” dedah Fasha.

Dalam pada itu, Fasha bersyukur pada usia 39 tahun beliau masih diberi kepercayaan untuk membawakan watak utama dalam drama berbanding pelakon lain yang seangkatan dengannya.

“Saya bersyukur masih dihujani tawaran lakonan sehingga hari ini. Rahsianya adalah disiplin dan komitmen, itu yang akan membawa seorang pelakon pergi lebih jauh,” ujar Fasha.

Fasha dan Aidil berkahwin pada Mac 2019 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Aisha Amaira.

Terdahulu, Fasha pernah mendirikan rumah tangga dengan Datuk Rizal Ashram Ramli atau Jejai dan dianugerahkan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal, sembilan tahun, dan Putri Raysha Jemaima, lapan tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >