Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Fazley galak peserta 'Gegar Vaganza 9' fahami dunia media sosial

Sep 21, 2022 | 5:02 PM
Datuk Fazley Yaakob
Datuk Fazley Yaakob - ASTRO

Penyanyi dan usahawan, Datuk Fazley Yaakob, menasihatkan kepada peserta Gegar Vaganza (GV) musim kesembilan supaya tidak hanya membuat persediaan vokal semata-mata, sebaliknya ambil tahu mengenai dunia media sosial. Beliau yang juga bekas peserta GV musim lapan berkata, setiap selebriti perlu mempunyai pasukan untuk membaca dan memadam komen negatif daripada netizen. "Saya tahu ada dalam kalangan peserta GV musim ini yang berhati tisu (rapuh). Saya kenal dan rapat dengan beberapa peserta. "Pesanan saya jika tidak kuat, jangan baca ciapan di Twitter dan jangan hanya buat persediaan vokal saja tapi perlu juga ambil tahu mengenai media sosial. "Setiap peserta juga digalakkan mempunyai pasukan media sosial yang boleh membaca atau memadam sebarang komen negatif daripada netizen.

Jangan sesekali jatuh semangat kerana komen negatif orang atau kita membalas komen berkenaan kerana ia bukan langkah yang betul," katanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg