Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Fazura selamat melahirkan anak perempuan

Oct 2, 2020 | 4:54 PM
MENYAMBUT KELAHIRAN PUTERI: Fazura dan suaminya, pelakon Fattah Amin, memohon sedikit masa bagi merahsiakan nama dan wajah anakanda mereka yang lahir hari ini dan akan berbuat demikian tujuh hari selaras dengan sunnah Rasulullah SAW. - Foto INSTAGRAM FAZURA
MENYAMBUT KELAHIRAN PUTERI: Fazura dan suaminya, pelakon Fattah Amin, memohon sedikit masa bagi merahsiakan nama dan wajah anakanda mereka yang lahir hari ini dan akan berbuat demikian tujuh hari selaras dengan sunnah Rasulullah SAW. - Foto INSTAGRAM FAZURA -

KUALA LUMPUR: PELAKON popular yang mencipta nama menerusi filem dan siri drama Gol & Gincu, Nur Fazura Sharifuddin, selamat melahirkan cahaya mata perempuan di sebuah pusat perubatan swasta, di Kuala Lumpur.

Bintang filem Dendam Pontianak ini berkongsi berita yang dinanti-nanti pengikutnya di Instagram sambil memaklumkan beliau dan bayinya berada dalam keadaan sihat.

"Assalamulaikum, syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah SWT. Kiriman agung pertama kami selamat dilahirkan pada hari Jumaat yang mulia ini, 14 Safar 1442 Hijrah bersamaan 2 Oktober 2020.

"Cahaya mata perempuan yang sihat dan sempurna ini sangat membahagiakan kami berdua dan keluarga," luahnya yang ditukil Berita Harian Malaysia.

Isteri kepada pelakon Fattah Amin itu menambah, buat masa ini, mereka belum bersedia mendedahkan wajah serta nama bayi mereka.

"Di sini, kami ingin memohon sedikit masa bagi merahsiakan nama dan wajah anakanda tersayang sehingga selepas tujuh hari selaras dengan sunnah Rasulullah SAW... Insya-Allah," katanya.

Melalui lampiran pos itu, Fazura merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang tidak pernah jemu mendoakan kesejahteraan dirinya, suami dan anak mereka.

'Terima kasih kami ucapkan buat anda semua dikasihi yang tidak henti-henti mendoakan kami bertiga sejak awal sehingga selamat melahirkan. Salam sayang dari kami bertiga," katanya.

April lalu, Fazura mengumumkan dirinya hamil empat bulan selepas hampir tiga tahun mendirikan rumah tangga.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg