Topic followed successfully
Go to BHkuFenomena 'Swipe' tular hingga ada versi cikgu, bahasa isyarat, pilihan raya M'sia
Fenomena 'Swipe' tular hingga ada versi cikgu, bahasa isyarat, pilihan raya M'sia
Fenomena 'Swipe' tular hingga ada versi cikgu, bahasa isyarat, pilihan raya M'sia
SUDAH ribuan video TikTok berdasarkan cabaran lagu Swipe oleh Alyph dimuat naik ke aplikasi tersebut ataupun pelantar media sosial lain seperti YouTube, Instagram dan Facebook.
Namun, ada dua video yang 'melekat' di hati Alyph. Ada yang menyahut cabarannya untuk memenangi telefon bimbit iPhone 14 yang ditawarkan buat video tular terbaik.
CIKGU 'SWIPE' SAMBIL MAKAN KACANG
Alyph mengingati video yang dimuat naik ke akaun TikTok @CikguRafee pada hari ketiga cabaran dilontarkan buat warganet.
Kata Alyph dalam wawancara bersama Berita Minggu:
"Saya boleh ingat video seorang guru yang agak matang usianya. Beliau di bilik guru dan tengah makan kacang!
"Sebelum video jadi beribu, saya sempat tonton video Cikgu Rafee. Nampak pelik video ni sebab walaupun Swipe bukan lagu untuk golongan tertentu atau peringkat usia tertentu... saya tidak menciptanya untuk demografik tertentu, cukup 'cantik' lihat ia diminati semua orang daripada pelbagai peringkat usia.
"Cikgu kanan yang saya kira sudah lama mengajar pun boleh terhibur dan mendendangkannya. Apabila tengok beliau bikin aksi 'Swipe' dengan gerak tangan tu, saya rasa memang beliau dah hiburkan hati saya!"
'SWIPE' DALAM BAHASA ISYARAT
Sebuah video gadis bertudung menggunakan gerak tangan berupa bahasa isyarat buat golongan cacat pendengaran dan bisu juga menyentuh jiwa Alyph.
"Saya rasa video itu cukup indah... bagaimana gadis itu menggunakan bahasa isyarat untuk menyampaikan maksud 'Swipe' kepada golongan istimewa.
"Saya bersyukur bahawa sebelum pelan pemasaran lagu ini dilancarkan pihak pengurusan saya, sudah dimulakan terlebih dahulu trend ini.
"Awalnya, saya lihat pada waktu pagi, ada 40 video. Pada malamnya dengan cepat, sudah meningkat menjadi 1,000 video keseluruhannya. Apabila ini terjadi, pihak pengurusan saya harus cuba cara lain untuk menambah baik pelan pemasaran mereka," tambah Alyph yang mengakui belum memanfaatkan sepenuhnya aplikasi TikTok.
Selain itu, terdapat video 'Cabaran Swipe' daripada selebriti seperti Elyana, Meerqeen, Jaafar Onn dan Nurul Aini.
Swipe turut dijadikan video kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Malaysia generasi muda yang baru mengundi ataupun yang memaparkan mantan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

