Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Festival Bangsawan julung kali dianjur di TWM

Jul 30, 2022 | 05:30 AM



TAHUN lalu, bangsawan telah diiktiraf sebagai salah satu daripada 20 budaya Melayu yang tersenarai dalam Inventori Warisan Budaya Tidak Ketara (ICH) Singapura.



Sejajar dengan itu, usaha meraikan bangsawan menerusi sebuah pesta yang julung-julung kali diadakan bakal berlangsung di Taman Warisan Melayu (TWM) bulan depan, antara 5 hingga 14 Ogos ini.



Lima kumpulan seni setempat - Anggerik Temasek Bangsawan, Perkumpulan Seni, Sriwana, Sri Warisan dan Variasi Performing Arts - telah menggembleng tenaga untuk menjayakan Festival Bangsawan Singapura ini.



Pengarah artistik festival dan seniman teater mapan, Encik Almahdi Al-Haj Ibrahim atau 'Nadiputra' berharap testival ini dapat menimbulkan pelbagai corak dan unsur bangsawan yang dapat dipelajari oleh penonton, melalui penyertaan lima badan seni ini.



"Bangsawan itu bukanlah sejenis saja landasannya tetapi berbagai penerapan dalam satu bangsawan telah dipecahkan dalam lima badan itu agar matlamat festival ini tercapai," katanya.



Encik Nur Azhar Muhammad selaku penerbit eksekutif Anggerik Temasek Bangsawan dan pengarah Festival Bangsawan Singapura berkata :



"Idea mengadakan festival seperti ini telah dibincangkan seawal 2019 di dalam satu forum bangsawan dengan penggiat teater tanah air.



"Kini sudah masanya penggerak muda bangsawan bersatu dan menyelaraskan satu festival di mana anak-anak muda dapat menonton dan terdedah kepada bangsawan."



Bengkel Pengenalan Bangsawan kepada orang umum akan diadakan pada 6 Ogos ini antara 2 hingga 4 petang.



Kesemua acara akan diadakan di Auditorium TWM.



Berikut adalah sajian festival ini.



Anggerik Temasek Bangsawan



SANG NILA UTAMA

5 - 9 Ogos, 8.30malam, Auditorium TWM



Pementasan ini merupakan pembukaan acara yang dijayakan hampir 40 orang penggiat teater, tidak termasuk pasukan kru belakang pentas.



Encik Saiful Amri, pengarah untuk persembahan tersebut menyifatkan bangsawan sebagai satu pertunjukan untuk orang-orang yang berbangsa 'wan' atau kerajaan di suatu masa dulu.



Katanya:



"Bangsawan ada ciri-ciri kemelayuan yang tinggi. Dari segi bahasa, adab, nada dan pertuturan, dan dari segi persembahan, perlu ada seni teater, tarian, silatnya juga…"



Perkumpulan Seni



EXTRA TURNS

7 Ogos, 2-4 petang



Pada zaman kegemilangannya, bangsawan menggunakan 'Extra Turns' atau selingan hiburan di antara babak untuk memudahkan perubahan set penerbitan.



Selingan ini terdiri daripada lagu, tarian dan komedi berdiri. Pembentangan selingan bangsawan akan mempersembahkan perkara-perkara seperti yang telah dipersembahkan di pertunjukan bangsawan sebelum ini.



Pembentangan ini dipersembahkan tanpa dialog oleh Perkumpulan Seni.



Sri Warisan



DENDAM BERAHI

9 Ogos, 1.30-3.00 petang



Kumpulan tari Sri Warisan pula akan menggunakan tarian dan pergerakan untuk mempamerkan keanggunan dan keindahan etika dan tatasusila bangsawan dalam persembahan yang menghiburkan dan mendidik.



Bangsawan Dalam Tarian - Dendam Berahi merupakan peringkat pertama pada 1998 dan telah diilhamkan oleh penerima Pingat Budaya, Majlis Seni Kebangsaan (NAC), Cik Som Said.



Sriwana



SYAIR DAN PERKEMBANGANNYA

9 Ogos, 1.30-3.00 petang



PUTERI DEWI GEMALA

13 Ogos, 4.30-6.00 petang



Sriwana akan mempersembahkan Syair dan Perkembangannya (Puisi dan Perkembangannya) dan Bangsawan 'Puteri Dewi Gemala.



Segmen forum puisi selama 30 minit akan disampaikan oleh Encik Afi Hanafi, dan Cikgu Khaziah Yem sebagai moderator, diikuti segmen 45 minit yang memaparkan petikan drama rumit bangsawan, Puteri Dewi Gemala.



Variasi Performing Arts



RINTIHAN ENGKU PUTERI

13 Ogos, 1.00 - 3.00 petang



Selain kisah sejarah Srikandi Tun Fatimah, Tun Teja, Puteri Hang Li Poh dan Mahsuri, kisah Engku Putri adalah penting dalam menyingkap tentang seorang wanita Melayu yang berani melawan Inggeris dan Belanda.



Selain pertunjukan bangsawan, satu konsert yang mengetengahkan alat-alat muzik dan lagu-lagu bangsawan akan dipentaskan di Auditorium TWM sebagai acara terakhir pada 13 Ogos, 8.30 malam oleh kumpulan Gendang Akustika.



Acara penutup bagi Festival Bangsawan Singapura ini pula akan mengetemukan akademia bangsawan, guru, penggiat teater dalam satu Mega Forum yang akan diadakan pada 27 Ogos, antara 4 hingga 6 petang untuk perbincangan terbuka tentang Festival Bangsawan dan masa depannya.



Mereka yang berminat boleh mendapat maklumat lanjut dan membeli tiket daripada laman peatix.com.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >