SETIAP kali menemani bapanya menonton filem klasik P. Ramlee yang memaparkan biduanita Saloma yang anggun berkebaya, Cik Iris Zulfa Mohamed Isa, dipenuhi rasa kagum tentang fesyen bintang legenda era 1950-an hingga 1960-an. Cik Iris, 22 tahun, lulusan Sarjana Muda (Kepujian) dalam Reka Bentuk Fesyen dan Tekstil di Maktab Seni Lasalle, lebih dikelilingi teman berbangsa Cina berbanding Melayu sebelum ini. Namun sejurus memulakan kursus fesyen yang mengaitkan tekstil dengan budaya, beliau mula merenung dan menyelongkar identitinya sebagai anak Melayu. Bagi merapatkan jurang keterasingan dengan budaya Melayu di samping teruja dengan fesyen bintang filem Melayu klasik, Cik Iris mengusahakan projek tahun akhir berupa koleksi busana yang dipanggil Sunburnt Heart yang memberi perspektif baru tentang tradisi Melayu. Ia menyanjung Saloma sebagai ikon fesyen filem Melayu malar segar dengan Cik Iris berusaha memberi kesegaran pada rekaan kebaya. Baca laporan penuh di Berita Harian esok (21 Okt).


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg