Premium
Fido jadikan kenyataan hasrat arwah S. Rosley
Jun 21, 2017 | 5:30 AM
FAHAM PERJALANAN HIDUP AYAH-ANAK: Fido Ahdross tidak mahu berduet dengan orang lain dalam album baru selain ibunya, Fauziah Zie. Ini kerana ibunya faham perjalanan hidup beliau dan ayahnya dan ibunya itu juga rapat dengan arwah ayahnya walaupun mereka sudah lama bercerai. - Foto ZALEHA ABDUL KADER -
TIDAK ramai tahu bahawa beberapa bulan sebelum seniman Allahyarham S. Rosley meninggal dunia Januari lalu, beliau merancang menghasilkan album baru.
Latihan di studio di Kuala Lumpur sudah dibuat dan perbincangan dengan beberapa penggubah lagu veteran, termask S. Atan dan Datuk Suhaimi Mohd Zain (Pak Ngah), sudah pun berlangsung.

