Premium
Fikry: Pelawak perlu wadah perkasa minda
Mar 24, 2019 | 5:30 AM
PELUANG TEROKA ISU BERAT SECARA SANTAI: Sebagai pendatang baru dalam industri hiburan, pelawak Fikry Ibrahim teruja mampu mengupas isu tentang daya tahan industri Nusantara dan pelbagai kesulitan lain menerusi program RTM, Hotspot yang diacarakannya. - Foto INSTAGRAM FIKRY IBRAHIM -
SEMAKIN hangat topik perbincangan tentang industri hiburan Malaysia mahupun di peringkat Nusantara dan antarabangsa, kian teruja pelawak dan pengacara Fikry Ibrahim, mengupasnya.
Jauh daripada pandangan ramai bahawa pelawak sukakan kandungan santai yang tidak memerlukan banyak pemikiran, Fikry, yang nama sebenarnya, Ahmad Fikry Ahmad Ibrahim, 24 tahun, gemarkan sesuatu yang berisi lagi bernas.

