Topic followed successfully
Go to BHkuFilem Anwar, The Untold Story dipertonton pada 8 Mei
Filem Anwar, The Untold Story dipertonton pada 8 Mei
Filem Anwar, The Untold Story dipertonton pada 8 Mei

KUALA LUMPUR : Filem biopik, Anwar, The Untold Story yang memaparkan liku perjuangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan ditayangkan pada sesi khas untuk tetamu kehormat dan media termasuk dari luar negara di Dadi Cinema, Pavilion Kuala Lumpur pada Isnin (8 Mei).
Sesi tayangan itu dijangka dihadiri Anwar Ibrahim dan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta lebih 250 tetamu kehormat lain termasuk tokoh politik, penggiat industri kreatif serta personaliti terkenal tempatan.
Antara yang diundang adalah Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil; Pengasas dan Pengerusi DMY Creation, Datuk Mohamed Yusoff; Datuk Yusof Haslam; Datuk M Nasir; Datuk Habsah Hassan, Fauziah Ahmad Daud; Datuk Seri Siti Nurhaliza dan ramai lagi.
Majlis tayangan perdana anjuran DMY Creation yang juga pengedar rasmi filem Anwar, The Untold Story menyaksikan Siti menyanyikan lagu runut bunyi filem berkenaan yang berjudul Menjaga Cintamu hasil ciptaan Andi Rianto dan lirik nukilan Sekar Ayu Asmara.

