Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Filem biopik Air Supply dalam penggambaran

Nov 11, 2024 | 5:30 AM
Air Supply yang dianggotai Russell Hitchcock (kiri) dan Graham Russell akan mengadakan konsert di Resorts World Ballroom pada 13 Disember dan mengusahakan projek filem kisah hidup, ‘All Out of Love: The Air Supply Story’ sempena ulang tahun ke-50 band itu.
Air Supply yang dianggotai Russell Hitchcock (kiri) dan Graham Russell akan mengadakan konsert di Resorts World Ballroom pada 13 Disember dan mengusahakan projek filem kisah hidup, ‘All Out of Love: The Air Supply Story’ sempena ulang tahun ke-50 band itu. - Foto UNUSUAL ENTERTAINMENT

Anda sudah mendengar lagu-lagu mereka yang menyentuh kalbu sejak 1970-an dan 1980-an lagi.

Pastinya anda ingin tahu lebih lanjut tentang perjalanan hidup band romantis dari Melbourne, Australia, Air Supply.

Bagi merakamkan kisah riwayat dua penggerak Air Supply, Russell Hitchcock dan Graham Russell, penulis naskhah filem, Pirates of the Caribbean dan Collateral, Stuart Beattle, ditugaskan menghasilkan naskhah bagi filem riwayat hidup atau biopik All Out of Love: The Air Supply Story.

Menurut laman web, Deadline, filem itu diterbitkan Dean Altit dari Altit Media Group dengan Barry Seigel, Jesse Weiner, Johnny Hsu dan Julia Xu bertindak sebagai penerbit eksekutif.

Penggambaran filem sedang dijalankan di Australia dan Britain dengan hasilnya kelak dijadual ditayangkan pada 2025 sempena ulang tahun ke-50 Air Supply.

Band itu dikenali kerana banyak mahakaryanya seperti, All Out of Love, The One That You Love dan Making Love Out of Nothing At All, yang mencapai kedudukan penjualan album emas dan platinum.

Kedudukannya sama dengan band legenda, The Beatles, yang mempunyai lima lagu dalam senarai carta lagu ‘Top 5’ secara berterusan.

Lebih 100 juta album terjual serata dunia dengan lebih 5,000 konsert dipersembahkan sepanjang lima dekad.

Sementara itu, Air Supply akan mengadakan konsert jelajah, The Lost In Love Experience, yang dibawakan Unusual Entertainment, mulai 8 malam di Resorts World Ballroom, Singapura pada 13 Disember.

Tiket berharga antara $88 dengan $198 boleh ditempah di laman Ticketmaster melalui pautan, https://ticketmaster.sg/activity/detail/24sg_airsupply.

Laporan berkaitan
Duo 'otai' masih menyengatMay 18, 2023 | 4:50 PM
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg