Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Filem dari wanita untuk wanita pecah tembok stereotaip kecantikan, kejayaan

Jul 26, 2023 | 05:30 AM



Mungkin Barbie kelihatan seperti filem kanak-kanak atau remaja wanita yang membesar dengan boneka jenama Barbie yang popular seantero dunia.


Bagaimanapun, ia kini menjadi satu fenomena bahkan adalah filem paling laris disusuli dengan filem biopik ‘Bapa Bom Atomik’, Oppenheimer, yang ditayangkan serata dunia sejak minggu lalu.


Si teruna tidak lagi khuatir dipanggil ‘kental’ kerana menemani temanita bagi menyaksikan filem tentang dunia Barbieland di mana semua wanitanya yakin diri, berdikari dan berjaya. Sedang si Ken (kaum Adam dalam bumi Barbieland) menghabiskan masa beriadah di tepi pantai, Barbie (kaum Hawa) pula memegang jawatan tinggi seperti doktor, peguam dan ahli politik.

Beach Ken hanya gembira apabila dia sentiasa ditemani temanitanya Barbie. Bagaimanapun, Barbie ingin bebas daripada cengkaman Ken dan lebih senang berdikari dan menjalin hubungan akrab dengan Barbie lain yang memberinya semangat bagi meneruskan kehidupan.

Bagaimanapun, kehidupan seakan terhenti apabila dalam satu pesta berdansa, Barbie dibelenggu kerisauan tentang kematian. Keesokan harinya, dia berasakan dirinya tidak dapat meneruskan kehidupan biasanya kerana mudah penat bagaikan bateri yang tandus kuasa dan mempunyai selulit.

Weird Barbie yang bijak tetapi hidup terpinggir kerana penampilan dan paras rupa yang cacat cela menasihatinya untuk mengembara melihat dunia sebenar.

Barbie yang memandu kereta merah jambunya pula rimas apabila Ken ingin mengikutinya dalam satu perjalanan melihat dunia realistik yang kadangkala menakutkan.

Ini merupakan kali pertama Barbie dihasilkan dalam bentuk filem aksi dan dijayakan dua pelakon berpengalaman yang disolek seperti boneka di kedai mainan, Margot Robbie selaku Barbie dan Ryan Gosling sebagai Ken.


Sebelum ini, beberapa kartun Barbie pernah dihasilkan untuk kanak-kanak tinjau perjalanan hidup boneka kesayangan ramai yang dilancarkan usahawan British, Ruth Handler, pada 1959.


Apabila kededuanya tiba di Pantai Venice, mereka menimbulkan banyak masalah sehingga membuat Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Mattel yang mengeluarkan jenama Barbie mengarah agar mereka ditangkap. Barbie menjejak pemiliknya, kanak-kanak kecil bernama Sasha yang mengkritiknya kerana menetapkan takrifan kecantikan yang tidak realistik.

Kerana bersedih, Barbie bertemu dengan kakitangan Mattel, Gloria, dan ibu Sasha yang menjadi pemangkin bagi mempercepatkan tercetusnya krisis yang dihadapi. Gloria kemudian mengalami krisis identiti apabila bermain dengan boneka Barbie milik Sasha.


Pada masa yang sama, Ken mula mempelajari tentang kewujudan sistem patriarki. Barulah Ken berasa dihormati dan diterima buat kali pertama. Apabila kembali ke bumi Barbieland, dia mendesak kaum Ken lain agar tampil menunjukkan sikap kelelakian mereka dan memastikan kaum wanita pula menjadi pembantu rumah, suri rumah atau temanita yang mudah mendengar kata.

Barbie kembali dan cuba meyakinkan Ken dan masyarakat Barbie yang lain agar tidak mengikuti ketetapan baru itu. Dia ingin wanita tetap diperkasa dan terasa murung. Di sinilah, Gloria memberi kata-kata inspirasi dan menjelaskan pengertian apa itu wanita.

Yang menarik tentang filem Barbie ini adalah unsur pemerkasaan wanita di mana kelompok Barbie dilihat sebagai berkuasa dan berkerjaya sedangkan kelompok Ken pula dilihat sebagai lelaki dayus yang hanya suka-suka dan sibuk ‘melekat’ dan ingin mengekori temanita mereka.


Pengarah Greta Gerwig yang pernah mengarah filem dengan tema kewanitaan seperti Little Women dan Mistress America berjaya memberi takrifan baru pada erti kecantikan yang sudah lama menimbulkan keresahan buat wanita yang rasa diri mereka tidak mampu mencapai ketetapan wanita cantik – mesti kurus, putih berseri, ramping dan paras rupa elok.


Banyak isu kontroversi tentang stereotaip peranan wanita, budaya pelanggan yang terpengaruh dengan trend kesukaan ramai, hubungan dengan ibu bapa serta isu kejantinaan dikupas secara jujur dalam filem ini.

Inilah filem daripada wanita, tentang wanita dan untuk wanita. Kalau pun lelaki menontonnya, mereka sekurang-kurangnya faham tentang apa yang wanita hari ini dambakan dalam hidup di luar stereotaip yang berpuluh tahun lamanya ‘melekat’ dalam pemikiran masyarakat umum.

Justeru, janganlah ingat filem tentang boneka ini mempermain-mainkan situasi atau hanya wadah berhibur kosong tanpa apa-apa untuk dibawa pulang. Ia mengisahkan kebenaran tentang manusia yang mempunyai kekuatan dan tetap berbuat silap juga.

Ternyata, fenomena Barbie ini mengemukakan kegilaan ramai wanita pelbagai usia tentang segalanya yang berwarna merah jambu dengan ramai yang mula berkongsi tentang boneka Barbie pertama yang mereka miliki atau rumah bertingkat dan kereta mainan Barbie dalam gerobok mainan mereka. – HARYANI ISMAIL




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >