Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

FILEM

Krisis Covid-19 hambat pelancaran dan tayangan deretan filem baru

Mar 18, 2020 | 05:30 AM



MUNGKIN ramai yang terkejut mendengar berita tentang pembatalan tayangan perdana James Bond siri terbaru kerana wabak koronavirus (Covid-19).



Tetapi sebenarnya sebelum pengumuman tentang Bond, banyak lagi filem-filem blokbuster yang sudah siap juga telah merancang pembatalan tayangan perdananya kerana tidak mahu mengambil risiko pawagam kosong gara-gara kebimbangan orang ramai untuk berada di luar rumah atau mahu mengurangkan hubungan sosial.



Antara filem terjejas termasuk filem baru yang dirancangkan untuk tayangan pada Mac dan April, ialah No Time to Die, Mulan, F9 dan A Quiet Place Part 2.



Penutupan pawagam hanyalah salah satu daripada banyak gangguan Covid-19 yang memberi kesan besar terhadap dunia komersial dan gaya hidup masyarakat di seluruh dunia.



Berikut adalah senarai filem yang telah ditangguhkan akibat krisis Covid-19.



NO TIME TO DIE (JAMES BOND)



Filem arahan Cary Fukunaga dan ditulis bersama oleh Phoebe Waller-Bridge, ini dikatakan persembahan terakhir Daniel Craig sebagai 007.



No Time to Die sebelum ini sudah kehilangan pengarah asalnya sehingga memaksa tarikh pelancarannya ditunda dua kali, tetapi penerbit bimbang dengan keadaan penutupan banyak pawagam di seluruh dunia akibat Covid-19 sekali gus bakal menjejas kutipan box office dalam pasaran antarabangsa, lapor Reuters.



Penundaan itu diumumkan pada 4 Mac, dan seminggu kemudian, selepas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan pandemik.



Filem besar yang lain turut mengumumkan penundaaan tayangannya.



A QUIET PLACE 2



Filem arahan John Krasinski yang menampilkan pelakon utama Emily Blunt dan Cillian Murphy ini merupakan filem seram tentang kehidupan di akhir zaman yang mana setiap bunyian bising boleh menyebabkan kematian.



Siri pertama filem ini berjaya mengutip lebih AS$340 juta (S$482 juta) di pasaran dunia dan penerbit menjangkakan kutipan filem susulan ini mencapai jauh lebih besar kerana ia sudah mempunyai pengikut setia, menurut icinema.com.



Tarikh asal tayangan perdana filem ini ialah 20 Mac dan kini ditangguh kemungkinan sehingga akhir tahun.



F9 (FAST AND THE FURIOUS)



Pada hari yang sama A Quiet Place 2 ditangguhkan, pengeluar filem Fast and Furious Kesembilan (F9) mengumumkan berita yang sama.



Dibintangi oleh Vin Diesel, John Cena dan Charlize Theron, F9 dirancang tayangannya pada Mei tetapi telah dianjak tarikhnya hingga ke April 2021 - yang sebelum ini telah diperuntukkan untuk filem seterusnya dalam Fast Saga.



Belum ada butiran tentang filem susulan ke-10 dan terakhir yang akan dilancarkan.



MULAN



Daripada filem animasi, Mulan bagi 2020 ini adalah adalah filem drama aksi Amerika yang diarahkan oleh Niki Caro, dengan skrip tulisan Rick Jaffa, Amanda Silver, Lauren Hynek, dan Elizabeth Martin.



Ia dihasilkan oleh Walt Disney Pictures.



Filem ini berdasarkan cerita rakyat China The Ballad of Mulan dan merupakan adaptasi langsung dari filem animasi Disney 1998, menurut kenyataan Disney.



Bintang filem Liu Yifei yang membawa peranan sebagai Mulan dan pelakon lain yang terdiri daripada Donnie Yen, Jason Scott Lee, Yoson An, Gong Li, dan Jet Li dalam menyokong peranan.



Penggambaran bermula pada Ogos 2018 dan berlangsung hingga November, dengan penggambaran dibuat di New Zealand dan China.



Jadual tayangannya pada 27 Mac ditangguhkan kerana pandemik Covid-19.



Berdasarkan pratonton kepada media, filem ini dikatakan mempunyai lakon layar yang indah dan banyak adegan mendebarkan.



Filem-filem Disney lain yang terjejas tayangannya tahun ini termasuklah The Last Duel, The Little Mermaid, Shang-Chi and The Legend of the Ten Rings, Home Alone, Nightmare Alley, serta Peter Pan & Wendy and Shrunk.



BLACK WIDOW



Black Widow adalah filem adiwirawati Amerika baru berdasarkan watak komik Marvel.



Dihasilkan oleh `Marvel Studios dan diedarkan oleh Walt Disney Studios Motion Pictures, watak utama filem ini ialah bintang Scarlett Johansson sebagai Natasha Romanoff atau Black Widow bersama Florence Pugh, David Harbour, O-T Fagbenle, William Hurt, Ray Winstone, dan Rachel Weisz.



Adegan filem ini berlatarkan suasana dalam adegan terakhir filem Captain America: Civil War (2016), yang melihat Romanoff berlari dan terpaksa berhadapan dengan masa lalu.



Black Widow dijadual akan ditayangkan pada 1 Mei 2020 tetapi dijangka akan ditangguhkan jika keadaan Covid-19 masih membimbangkan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >