Topik diikuti
Pergi ke BHkuFilem satukan pelakon Malaysia dan Indonesia di layar perak dan pelamin
Premium
Filem satukan pelakon Malaysia dan Indonesia di layar perak dan pelamin
Filem satukan pelakon Malaysia dan Indonesia di layar perak dan pelamin
SUKA SAMA SUKA: Pasangan suami isteri Iedil Putra dan Prisia Nasution bertemu jodoh semasa penggambaran filem 'Interchange' arahan Dain Iskandar yang ditayangkan di SGIFF. -
Nov 25, 2016 | 5:30 AM
DALAM filem Interchange, pelakon Malaysia Iedil Putra memainkan watak Adam yang jatuh cinta dengan watak Iva lakonan Prisia Nasution dari Indonesia. Selepas penggambaran filem berakhir, kisah cinta Iedil, 32 tahun, dan Prisia, 32 tahun, di alam nyata pula mula berputik.
"Selepas penggambaran Interchange, saya sedar saya masih rindukan Prisia. Kenapa ya? Rupa-rupanya, saya sudah jatuh hati dengan Prisia," kata Iedil sambil tersenyum.
