DALAM tempoh pandemik, pengarah filem seram Indonesia, KKN Di Desa Penari, Awi Suryadi, tidak menyangka ramai akan menghujani pawagam sekali lagi bagi menyaksikan filemnya yang mendapat sambutan luar biasa di pawagam serantau.

Walaupun sudah sebulan filem itu ditayangkan di Singapura, ia masih bermain di bibir ramai penggemar filem seram dengan sesetengahnya menonton karya itu berulang kali.