Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Filem sulung arahan Adi Putra papar nilai ikhlas, bukan kaut untung

Jul 06, 2023 | 02:12 PM



Kenali dan hayati cinta Tuhan maka kita akan mendapat cinta insan. Itu antara pengisian jalan filem amal, Syaaban, yang mengetengahkan konsep ikhlas.


Pengarahnya yang merupakan pelakon asal Singapura, Datuk Adi Putra, berkata hasil kutipan filem pertama terbitannya dan juga arahannya itu akan disedekahkan kepada pertubuhan amal terpilih termasuk pusat tahfiz.

“Insya-Allah kutipan akan disalurkan kepada badan tidak mengaut untung (NGO) dan maahad yang dikenal pasti kerana ia adalah wang yang diamanahkan. Ketika ini beberapa pusat telah disenaraikan.

“Filem arahan sulung saya ini, ilhamnya dapat ketika di kota Madinah, belum ada lagi di Malaysia filem berbentuk konsep amal.

“Bukan nak berbanding filem hebat tapi berbekalkan nilai murni dan kemanusiaan, keinsafan dari sudut reda ini membuatkan saya melaksanakan filem ini pada 2019,” katanya kepada laman MalaysiaGazette.


Namun selepas itu, kerja penyuntingan terpaksa ditangguhkan akibat pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia.

Menurutnya, jalan ceritanya diinspirasikan daripada filem seberang, Kiamat Sudah Dekat, yang popular pada awal 1990-an.


Syaaban diterajui Adi sebagai watak utama dan aktres baru dari Singapura, Nadia Marican. Ia turut dibintangi Hasnol Rahmat, Jobot, Adeeb Nahar dan Akmal Khan.


Menurutnya, tayangan pertama ditayangkan pada Hari Raya Aidiladha lalu untuk memberi keinsafan dan penghayatan erti korban sebenar dengan menitipkan konsep ikhlas serta reda dalam kehidupan.

Filem bukan bermotif keuntungan itu merupakan terbitan ADP Studios dan ditayangkan di 56 pawagam seluruh Malaysia, bermula 29 Jun dan menelan kos pembikinan RM1.2 juta ($348,549).

Ia turut ditayangkan di enam pawagam di Singapura dan tiga pawagam di Brunei.

Adi berterima kasih kepada pihak kerajaan Negeri Pahang dan badan pelancongan Tourism Pahang atas sokongan yang diberikan.

“Aspek pelancongan saya manfaatkan dengan setiap visual dan penggambaran boleh mempromosikan lokasi setempat. Penonton dapat melihat lokasi menarik di Pahang.

“Filem ini bukanlah untuk bersaing dengan filem yang hebat. Cuma di akhir zaman ini, jika kita tidak merebut sesuatu ganjaran untuk akhirat adalah sesuatu yang dianggap amat rugi. Saya tidak ada sasaran kutipan.

“Indahlah jika kita kejar akhirat, akhirat akan kejar dunia,” katanya.

Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Shahaniza Shamsuddin, turut sama-sama menjayakan tayangan filem Syaaban di Kuantan City Mall pada malam Hari Raya Aidiladha lalu.


Jelasnya, filem tersebut dilihat ringan tetapi jalan cerita sarat dengan mesej sangat mendalam sebagai seorang Muslim.

“Saya sama-sama memberikan sokongan kepada filem Syaaban, filem ini sesuai untuk ditonton oleh semua lapisan masyarakat.


“Konsep kutipan filem ini adalah filem amal di mana kutipan diberikan kepada anak yatim dan golongan memerlukan. Usaha yang baik, maka wajarlah kita memberi sokongan kepada Syaaban sambil beramal,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >