LOS ANGELES:Downton Abbey: A New Era, sekuel filem kepada rancangan televisyen Britain popular, meraih AS$16 juta ($22 juta) daripada 3,815 panggung di Amerika Utara pada hujung minggu lalu.

Walaupun lebih rendah daripada ramalan awal, pulangan tersebut amat menggalakkan pada era di mana penonton yang lebih berusia semakin memilih untuk menonton filem di panggung wayang.