Firma AI China pantas tarik pengguna OpenAI, sedang Amerika rancang sekat akses
Pengguna Berdaftar
Firma AI China pantas tarik pengguna OpenAI, sedang Amerika rancang sekat akses
Jun 27, 2024 | 5:30 AM
Syarikat OpenAI mahu menyekat pengguna di China dan beberapa negara lain daripada menggunakan Antara Muka Pengaturcaraan Aplikasi (API) syarikat tersebut. - Foto REUTERS
Syarikat kecerdasan buatan (AI) China bergerak pantas untuk menarik pengguna teknologi OpenAI, berikutan laporan firma Amerika itu merancang untuk menyekat akses di China dan negara lain kepada Antara Muka Pengaturcaraan Aplikasi (API), sebuah wadah yang membolehkan pembangun produk lain menyepadukan model AI-nya.
Pembuat ChatGPT, OpenAI merancang menyekat akses kepada teknologi yang digunakan untuk membina produk AI bagi entiti di China dan beberapa negara lain, lapor akhbar milik pemerintah China, Securities Times, pada 25 Jun.
Laporan berkaitan
AI bantu agensi pemerintah jimat masa, tingkat daya hasilJun 19, 2024 | 2:54 PM
Pertingkat upaya bezakan bahan tulen, bahan palsu janaan AIOct 27, 2023 | 4:31 PM

