Topik diikuti
Pergi ke BHkuFouziah Gous cipta semula nama, fokus bidang niaga
Fouziah Gous cipta semula nama, fokus bidang niaga
Fouziah Gous cipta semula nama, fokus bidang niaga
BANGUN MASA DEPAN HASIL KERJA KERAS: Datin Fouziah Gous yang pernah mencipta fenomena kerana drama popular 'Trilogi Cinta' kini curi-curi masa berseni dalam projek pemasaran media sosial jenama global seperti Huawei dalam kesibukan bergelar usahawan minuman sarang burung dan gim Muay Thai. - Foto MUHAMAD IZUDDIN SUFIAN SUJAI -
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
Jan 20, 2019 | 5:30 AM
Dalam kesibukan mengimbangi tugas sebagai pelakon dan ibu anak kecil, dua bakat hiburan Malaysia dan Indonesia ini gigih mencipta diri mereka semula dengan menceburi bidang baru. Selain menebarkan sayap niaga berbekalkan jenama mereka selaku artis di Nusantara, mereka juga memenuhi keperluan masyarakat yang mesra media sosial. Inilah satu usaha mereka mencipta diri mereka semula. Wartawan HARYANI ISMAIL (haryani@sph.com.sg) melaporkan.
HAMPIR sedekad lalu nama Datin Nor Fouziah Mohd Gous bermain di bibir ramai termasuk pencinta drama di Singapura apabila drama Trilogi Cinta 'meletup' dengan jalan cerita yang menyayat hati.