Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Gadis pencinta teater ‘Dewi Remaja’ pertama dari Sarawak

Jan 28, 2024 | 05:31 AM



Daya intelek yang mempesona dan jiwa kewanitaan yang menyerlah dalam diri Nurelyana Baharin menjadikannya pilihan tepat untuk dimahkotakan sebagai Dewi Remaja 2023.


Wanita berusia 22 tahun ini bahkan adalah peserta Sarawak pertama yang dinobatkan sebagai pemenang peraduan ratu cantik dan pencarian bakat seni yang disiarkan di saluran Astro dengan kerjasama majalah Remaja.


Dalam wawancara bersama majalah Remaja, Nurel mendedahkan bukan mudah untuknya menggenggam takhta Dewi Remaja 2023.


Ini memandangkan tiada kejayaan yang tidak berputik daripada pelbagai onak duri, pahit dan getir yang harus ditelan.

“Saya telah dapat membuatkan orang Sarawak bangga dengan saya. Sebagaimana anda menonton aksi saya di kaca televisyen sepanjang dua bulan itu, begitulah juga cara saya menyahut segala yang datang dalam bidang seni selepas ini. Saya sentiasa percayakan bahawa orang Sarawak boleh!

“Awal-awal lagi, saya berpesan kepada diri sendiri bahawa saya hendaklah kental hati selalu, bersabar dan reda. Saya percaya jika ada orang Sarawak yang sertai, dia bakal menjadi pemenang selanjutnya. Dan kata-kata itu bertukar realiti, katanya membuka bicara.


Bagaikan mimpi indah yang menjadi nyata, Nurel menzahirkan kegembiraan menggondol gelaran juara itu berlipat kali ganda apabila dirinya dimahkotakan pula oleh jelitawan Sabah yang juga merupakan Dewi Remaja 2022, Tracie Sinidol.


Ditanya apakah beliau dapat menggalas amanahnya dengan baik, Nurel berkata:

“Sudah tentu saya percaya segala kerja keras dan kesungguhan saya dalam apa jua bidang akan memperlihatkan hasilnya suatu hari nanti.

“Hanya Tuhan tahu perasaan saya apabila dimahkotakan oleh Tracie. Ini kerana saya sendiri menyaksikan kesungguhannya sewaktu pencarian Dewi Remaja 2022. Sehingga sekarang, Tracie belum pernah gagal membawakan nilai positif dalam apa jua yang dilakukannya.


Dibesarkan di Kuching Sarawak, Nurel sudah pun bertatih perlahan-lahan dalam industri seni sejak di bangku sekolah rendah lagi, apabila beliau aktif menceburi bidang tarian sekitar usia sembilan tahun. Tidak hairanlah Nurel memilih untuk berdansa sebagai persembahan pembukaan tempoh hari.

Minat Nurel dalam bidang seni semakin membuak-buak sebaik sahaja melangkah ke sekolah menengah dengan bergiat aktif menerusi kelab teater pula.

Siapalah kita tanpa ibu di sisi? Umi adalah tulang belakang utama saya dalam mengejar cita-cita murni untuk bergelar seorang anak seni.


“Umi sokong sahaja apa yang saya lakukan pada ketika itu. Sehinggalah tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), saya memaklumkan kepada Umi keinginan saya untuk menyambung pelajaran berkaitan dengan teater atau lakonan.

“Kalau nak diikutkan, keluarga saya yang menceburi bidang seni ini adalah daripada belah nenek Umi. Menariknya, beliau merupakan seorang mak andam yang juga berbakat dalam nyanyian. Mungkin dari situ, saya belajar untuk mencintai bidang ini,” katanya.

Lulusan Diploma Teater daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM) Puncak Perdana ini turut mendedahkan bahawa nenek kesayangannya itu ialah insan yang menjadi penyokong utama dalam mencapai impiannya selama ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >