Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Galeri Kamal Arts buka ruang buat pelbagai cabang seni

Oct 21, 2021 | 05:30 AM



WALAUPUN balai seni Kamal Arts yang berada di tingkat empat dan paling atas Wisma Geylang Serai (WGS) awalnya dikhususkan buat kegiatan seni visual, pengasasnya Encik Kamal Dollah ingin melihat seni pelbagai disiplin mekar di ruang itu.



Lebih-lebih lagi apabila pandemik Covid-19 melanda tahun lalu dengan pelbagai sekatan pergerakan diperkenal dan sedikit sebanyak menjejas kehadiran orang ramai ke galeri itu.



Daripada membiarkan ruang itu lengang dan tidak bermaya tanpa kegiatan, beliau berpendapat lebih baik jika khidmat bersama dapat ditawarkan dan dimanfaatkan kumpulan atau kolektif seni lain, meliputi cabang bangsawan, teater, muzik, tarian dan kesusasteraan.



Encik Kamal, 53 tahun, bekerjasama dengan aktivis seni, Saiful Amri Ahmad Elahi, 43 tahun, dalam memperkenal program Atas yang membolehkan balai seni Kamal Arts menjadi ruang menganjur kegiatan seni berbilang disiplin.



Atas adalah nama yang dipilih kerana kedudukan balai seni itu di tingkat atas WGS.



Bagi merealisasikan Atas, Encik Kamal dan Saiful telah memohon Geran Transformasi Organisasi (OTG) yang ditawarkan Majlis Seni Kebangsaan (NAC).



OTG yang sebelum ini dikenali sebagai Geran Transformasi Perniagaan diperkenal bagi menyokong usaha transformasi digital dan bukan digital pertubuhan seni.



Geran ini menggalak pertubuhan seni dan budaya agar bekerjasama dalam menangani kesulitan serta mewujudkan huraian bersama.



Menurut Saiful, sejauh ini kumpulan Anggerik Temasek Bangsawan dan syarikat penerbitan Unggun Creative adalah antara yang melahirkan minat menggunakan balai seni itu bagi kegiatan mereka yang berunsurkan pendidikan.



Ketika dihubungi menerusi Zoom, Encik Kamal berkata:



"Sememangnya niat asal Kamal Arts adalah menyediakan ruang buat pameran dan kerja seni visual. Namun, apabila kami mengadakan pameran menarik Lakar Lilin, didapati ia kurang mengundang walaupun WGS itu mudah dikunjungi orang ramai.



"Mungkin kerana kedudukannya di atas bumbung, maka orang terlepas pandang dan menyangka ia eksklusif dan tidak boleh dikunjungi orang awam.



"Lantaran itu, mengambil kira ruang ini akan jalan terus dengan sewa yang perlu kami bayar berterusan, saya dan Saiful terfikir mengapa tidak buka ruang ini untuk kesenian lain manfaatkan?"



Encik Kamal menjelaskan Covid-19 banyak menjejas kegiatan pengayaan sekolah mahupun kehadiran pelancong ke balai seninya.



Dalam melalui norma baru dek pandemik ini, pihaknya realistik untuk pelbagaikan penggunaan ruang balai seni bagi keperluan lain.



"Transformasi perlu. Kami juga ingin menilai apakah keperluan masyarakat seniman dan masalah yang perlu diatasi. Dari situ, kita boleh sama-sama cari huraian pada sebarang kesulitan.



"Atas ini adalah inisiatif perkongsian khidmat. Kerja pentadbiran memang banyak perlu dikendalikan mana-mana pertubuhan. Nak dapatkan komitmen sukarelawan hari ini pun payah berbanding dahulu.



"Ini adalah usaha menggembleng tenaga anak seni dalam bangkit setelah jatuh kerana pandemik. Kami ingin usahakan pemulihan secara bersama.



"Memandangkan masyarakat Melayu kita kecil, apa lagi masyarakat seni kita...maka kita elakkan daripada membazir," katanya lagi.



Di dalam balai seni itu, terdapat pentas, sistem bunyian dan peralatan yang sudah dinaiktarafkan.



"Ruang ini tidak sebesar mana tetapi ia cukup mengadakan acara kecil-kecilan secara sempurna," jelasnya lagi.



Hingga Mac tahun depan, OTG yang diperolehi membolehkan ruang balai seni Kamal Arts dimanfaatkan bagi kerjasama dengan badan lain.



Sesiapa yang berminat boleh e-mel kepada Admin@kamaldollah.com




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >