BEBAS mencorak kehidupan mengikut apa sahaja yang diinginkan. Tidak akan dibodoh-bodohkan atau dikuasai sesiapa sahaja di sekelilingnya.

Itulah antara teras pesanan yang disisipkan dalam All That dan Entertain Me, lagu penyanyi muda Filipina yang dilahirkan di Sydney Australia, Ylona Jade Garcia, 20 tahun.