Premium
Omar Sy tawan dunia dengan lakonan berkarisma
Pelakon Muslim yang popular di Perancis tarik perhatian ramai dalam siri drama 'Lupin'
Jun 20, 2021 | 5:30 AM
KALAU pada era 1960-an dulu nama aktor asal Mesir, Omar Shariff, pernah menawan Hollywood, dalam era terkini seorang lagi Omar sedang menawan dunia.
Jika anda belum tahu atau belum menonton siri drama berjudul Lupin, Omar Sy (Sy disebut "si") secara rasmi telah menawan 78 juta penonton di seluruh dunia jika data tontonan rancangan Netflix boleh dijadikan sandaran.

