Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Gaya yang praktikal dalam musim hujan

Manfaatkan musim tengkujuh dengan rangkaian fesyen pilihan, pakaian dan aksesori sesuai
Nov 18, 2024 | 3:11 PM
Panduan ini membantu anda kekal bergaya dan praktikal, daripada jaket kalis air moden hingga kasut tahan lasak, tanpa mengorbankan penampilan, walaupun dalam pelbagai keadaan cuaca.
Panduan ini membantu anda kekal bergaya dan praktikal, daripada jaket kalis air moden hingga kasut tahan lasak, tanpa mengorbankan penampilan, walaupun dalam pelbagai keadaan cuaca. - Foto PIXABAY

Ramai yang mungkin terperangkap dalam hujan lebat yang semakin kerap melanda Singapura sepanjang November ini.

Alangkah nikmatnya apabila musim tengkujuh menyapa tanah air kita, membawa bersamanya kesejukan yang menyegarkan serta suasana mendung yang menenangkan.

Namun, di sebalik kesejukan dan keselesaan cuaca ini, hujan yang tidak menentu kerap menjadi cabaran untuk kekal selesa dan bergaya, terutama jika perlu bergerak ke sana sini.

Justeru, pilihan pakaian dan aksesori yang sesuai menjadi kunci untuk menyesuaikan diri mengikut perubahan cuaca, tanpa perlu menjejas gaya peribadi.

Hujan bukan sekadar fenomena cuaca, malah, ia turut memberi peluang untuk memanfaatkan unsur praktikal dalam fesyen.

Dengan pilihan yang bijak, pakaian dan aksesori kalis air mampu menjadi penyelamat pada musim tengkujuh, sekali gus menonjolkan penampilan yang versatil dan penuh gaya.

Dalam Inspo Gaya minggu ini, Berita Harian (BH) mengetengahkan panduan dan inspirasi fesyen dalam menghadapi musim tengkujuh menjelang akhir tahun.

Daripada jaket kalis air yang moden hingga kasut tahan lasak, panduan ini akan membantu anda tampil praktikal tanpa mengorbankan nilai estetik, walau apa jua keadaan cuaca.

Pakaian Lapisan Luar Kalis Air

Dijual pada harga $49.90, jaket ‘Pocketable UV Protection Parka’ daripada Uniqlo ini menggabungkan unsur gaya dan fungsi. Ia ringan, mudah dilipat, dan boleh disimpan di dalam beg dengan mudah.
Dijual pada harga $49.90, jaket ‘Pocketable UV Protection Parka’ daripada Uniqlo ini menggabungkan unsur gaya dan fungsi. Ia ringan, mudah dilipat, dan boleh disimpan di dalam beg dengan mudah. - Foto UNIQLO
Jaket mengadang angin, ‘Sport b’, daripada agnès b ($168) yang mempunyai hud ini sesuai untuk perlindungan daripada angin dan cuaca ringan.
Jaket mengadang angin, ‘Sport b’, daripada agnès b ($168) yang mempunyai hud ini sesuai untuk perlindungan daripada angin dan cuaca ringan. - Foto ZALORA

Pilihan Bergaya: Jaket hujan berwarna neutral seperti kuning air, hitam, atau warna cerah lembut yang mudah dipadankan dengan pelbagai gaya.

Pilihan Praktikal: Jaket jenis ringan parka – kalis angin – yang labuh hingga ke paras pinggang, berserta hud, sesuai untuk cuaca hujan dan angin kencang.

Cadangan: Cari jaket yang boleh dilipat dan dimasukkan ke dalam beg, agar mudah dibawa ke mana-mana tanpa menambah beban.

Kasut Kalis Air

Dengan harga $67.10, but hujan bertumit rendah, dengan sisinya yang elastik,  ‘Chelsea Giselle’ daripada Charles and Keith ini sesuai untuk dipadankan dengan pelbagai gaya, menjadikannya pilihan serba guna untuk gaya kasual atau formal.
Dengan harga $67.10, but hujan bertumit rendah, dengan sisinya yang elastik, ‘Chelsea Giselle’ daripada Charles and Keith ini sesuai untuk dipadankan dengan pelbagai gaya, menjadikannya pilihan serba guna untuk gaya kasual atau formal. - Foto CHARLES AND KEITH
Sandal ‘FILA Core Fluid 5 Fashion Originale’ ini menawarkan keselesaan dan gaya dengan tali boleh dilaras serta gabungan warna hitam, putih, dan hijau. Dijual pada harga $102.40, sandal ini sesuai untuk kegunaan harian atau kegiatan santai.
Sandal ‘FILA Core Fluid 5 Fashion Originale’ ini menawarkan keselesaan dan gaya dengan tali boleh dilaras serta gabungan warna hitam, putih, dan hijau. Dijual pada harga $102.40, sandal ini sesuai untuk kegunaan harian atau kegiatan santai. - Foto FILA

Pilihan Bergaya: But hujan paras buku lali yang bertumit rendah, dengan sisinya yang elastik seperti jenis ‘Chelsea’, kasut kalis air dan kasut yang diperbuat daripada plastik (lutsinar atau separuh lutsinar) seperti ‘jelly flats’, memberikan keselesaan tanpa mengabaikan gaya.

Pilihan Praktikal: Kasut dengan tapak yang tidak licin atau antigelincir untuk berjalan di permukaan licin akibat hujan lebat.

Cadangan: Pilih warna gelap untuk kasut bagi mengelakkan kesan noda air yang mudah kelihatan apabila terkena air hujan.

Payung Bergaya

Payung daripada Kohls ($17.40) ini mempunyai reka bentuk gelembung yang lutsinar, memberi perlindungan penuh daripada hujan sambil membolehkan anda melihat persekitaran dengan jelas.
Payung daripada Kohls ($17.40) ini mempunyai reka bentuk gelembung yang lutsinar, memberi perlindungan penuh daripada hujan sambil membolehkan anda melihat persekitaran dengan jelas. - Foto KOHLS

Pilihan Bergaya: Payung lutsinar atau payung dengan corak berwarna-warni untuk menambah seri pada hari hujan.

Pilihan Praktikal: Payung lipat yang mudah dimasukkan ke dalam beg tangan atau beg silang, praktikal dan mudah disimpan.

Aksesori Kalis Air

Beg sandang, ‘Ransel Rolltop’ daripada Rains ($175)  ini menampilkan reka bentuk minimalis dengan atasnya digulung untuk menutup rapat beg dan menghalang air daripada masuk. Diperbuat daripada bahan kalis air yang tahan lama, ia merupakan pilihan sesuai untuk cuaca musim hujan.
Beg sandang, ‘Ransel Rolltop’ daripada Rains ($175) ini menampilkan reka bentuk minimalis dengan atasnya digulung untuk menutup rapat beg dan menghalang air daripada masuk. Diperbuat daripada bahan kalis air yang tahan lama, ia merupakan pilihan sesuai untuk cuaca musim hujan. - Foto RAINS
Topi yang mempunyai tepi yang lebih lebar dan selalunya bertali di dagu yang dikenali sebagai ‘Boonie’ daripada Rains ($43) ini direka untuk memberi perlindungan daripada hujan dengan bahan kalis air.
Topi yang mempunyai tepi yang lebih lebar dan selalunya bertali di dagu yang dikenali sebagai ‘Boonie’ daripada Rains ($43) ini direka untuk memberi perlindungan daripada hujan dengan bahan kalis air. - Foto RAINS

Beg Praktikal: Beg silang atau beg galas dengan bahan kalis air untuk melindungi barang-barang penting daripada hujan.

Aksesori Tambahan: Topi yang bukan sahaja melindungi rambut daripada hujan malah memberi sentuhan lasak dan bergaya pada penampilan anda.

Dengan pilihan pakaian dan aksesori kalis air yang tepat, anda bukan sahaja kekal selesa dalam cuaca hujan, bahkan juga tampil bergaya dan praktikal sepanjang musim tengkujuh.

Panduan kekal selesa

Elak bahan fabrik jenis denim dan baldu

Walaupun kededua bahan ini merupakan bahan yang ternyata dapat menambah sentuhan yang cukup bergaya pada pakaian harian seseorang, malangnya, ia tampil tidak begitu praktikal sedang anda terperangkap dalam basah kuyup ekoran hujan lebat.

Denim mudah menyerap air dan menjadi berat apabila basah, manakala baldu cepat menyerap kelembapan dan mudah nampak bertanda.

Sebaiknya, pilih bahan yang kalis air seperti nilon atau poliester yang lebih tahan lama dalam hujan.

Pilih jaket atau seluar yang diperbuat daripada bahan sintetik kalis air atau fabrik yang ringan tetapi cukup tahan kelembapan.

Bijak Lapis Pakaian

Kardigan, ‘Crew Neck Button Front Cardigan’ daripada Marks & Spencer ini ($49.90) menawarkan reka bentuk klasik dengan kolar bulat dan butang di bahagian depan, sesuai untuk penampilan kasual namun tetap elegan. 
Kardigan, ‘Crew Neck Button Front Cardigan’ daripada Marks & Spencer ini ($49.90) menawarkan reka bentuk klasik dengan kolar bulat dan butang di bahagian depan, sesuai untuk penampilan kasual namun tetap elegan.  - Foto MARKS AND SPENCER

Untuk kekal hangat tanpa terlalu berlapis, pilih pakaian yang ringan dan mudah disarung seperti jaket berzip atau sweater nipis.

Lapisan ringan memudahkan anda bergerak, tetapi turut memberi keselesaan apabila suhu menurun.

Anda boleh mengenakan pakaian seperti kardigan atau ‘vest’ yang boleh dilapis di bawah jaket kalis air.

Jaket berzip atau berhud juga adalah pilihan terbaik kerana mudah dibuka atau ditutup mengikut keadaan.

Sekiranya cuaca berubah, anda masih boleh menyesuaikan diri dengan memakai atau menanggalkan lapisan pakaian di atas anda dengan pantas dan mudah.

Ikatan Rambut

Rambut yang basah akibat hujan boleh membuatkan anda rasa tidak selesa.

Untuk mengelakkan masalah ini, cuba ikat rambut mengikut gaya ‘ponytail’ yang kemas dan tidak mengganggu.

Jika anda mahu penampilan lebih bergaya, cuba ikat rambut dalam gaya ‘top knot’ atau siput tinggi, supaya ia lebih mudah dikendalikan walaupun di dalam hujan.

Gunakan aksesori rambut seperti skaf bandana atau klip untuk memastikan rambut kemas dan tidak menutup muka, sambil memberi sentuhan tambahan pada penampilan.

Dengan panduan ini, anda boleh kekal selesa dan bergaya walaupun dalam keadaan hujan lebat.

Pemilihan bahan yang tepat, lapisan yang bijak, dan pengendalian rambut yang praktikal adalah kunci dalam menghadapi cuaca yang berubah-ubah.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg