SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

'Gegak Gempita' apabila dikir barat kembali bertemu penonton

'Gegak Gempita' apabila dikir barat kembali bertemu penonton

Pertandingan dikir baras setempat diadakan buat kali pertama di hadapan penonton sejak Covid-19 melanda
Aug 25, 2022 | 5:30 AM

'Gegak Gempita' apabila dikir barat kembali bertemu penonton

MEMUKAU: Johan Gegak Gempita, Makyong Kedek semasa pertandingan. - Foto-foto GEGAK GEMPITA
MEMUKAU: Johan Gegak Gempita, Makyong Kedek semasa pertandingan. - Foto-foto GEGAK GEMPITA -

LAUNGAN penuh bersemangat awok-awok, yang diiringi paluan rebana dan gong menggegar auditorium di Kelab Masyarakat Punggol 21 - tempat berlangsungnya pertandingan dikir barat Gegak Gempita 2022 baru-baru ini.

Kemeriahan itu dirasai kerana ia adalah kali pertama persembahan dikir barat diadakan di sana dengan disaksikan penonton yang hadir secara fizikal.

Kesemua 350 tiket untuk menyaksikan pertandingan itu - yang berlangsung pada Sabtu lalu - habis terjual dalam tempoh dua hari kata penganjur.

Sembilan kumpulan bersaing di pertandingan ini termasuklah kumpulan Mak Yong Kedek, Andika, YNWA, Sirih Bertepuk Pinang Menari, 1SAS, Durbar Dua, Semangat Keris, HB dan Qias Fansuri.

Menurut penganjur, pertandingan dikir barat tersebut diteruskan semasa pandemik, tetapi secara dalam dalam talian, dan dengan persembahan dirakam terlebih dahulu.

"Kesemua sembilan kumpulan yang beraksi dan penggemar dikir barat telah ternanti-nantikan saat ini untuk melihat semula acara pertandingan dikir barat," kata Encik Zafarrulah Noordin, jawatankuasa penganjur dari Keponakan22.

Encik Zafarrulah, 41 tahun, berkata, setelah melihat sambutan hangat yang diberikan, ia mendorong pihak penganjur untuk menganjurkan acara serupa dalam pada masa terdekat.

Beberapa kumpulan yang mengambil bahagian sempat berkongsi persiapan mereka untuk pertandingan itu.

Antaranya, kumpulan dikir barat Makyong Kedek yang ditubuhkan pada 1995 berkat membuat latihan tiga kali seminggu untuk mempersiapkan diri untuk pertandingan tersebut.

Selain itu, mereka merakam gerak geri dan tarian supaya setiap ahli kumpulan boleh berlatih bersendirian di rumah.

"Selepas dua tahun acara seperti ini ditiadakan, saya dan kumpulan merasa seronok untuk turut bertanding. Apabila kami membuat persembahan, kami dapat melihat reaksi dan sorakan mereka dan itu amat mengubati rindu kami," kata Encik Safuan Maswan, 32 tahun, tukang karut dalam kumpulan Makyong Kedek.

Perasaan teruja tidak dapat disembunyikan daripada semua penggiat dikir barat sepanjang pertandigan berlangsung.

Bagi kumpulan Andika Kencana, antara kumpulan yang berperanan membentuk seni dikir barat Singapura, mereka turut berasa puas hati dengan persembahan kumpulan-kumpulan bertanding.

"Kami dapat rasai sokongan dan dorongan yang diberi oleh setiap kumpulan dalam pertandingan itu," kongsi Encik Syafiq Moklas, 29 tahun, tukang karut Andika Kencana.

Kini mereka sedang gigih berlatih untuk satu lagi pertandingan pada 10 September di Wisma Geylang Serai.

"Pada mulanya kami rasa gemuruh. Malah, sokongan dari rakan seni, keluarga dan rakan-rakan memberi kami semangat untuk membuat persembahan dengan penuh gigih," kata Encik Muhammad Hamizan Mohd Hisham, 26 tahun, salah seorang ketua pelatih di Kelana Purba.

Kelana Purba yang kini berusia 32 tahun adalah salah satu kumpulan dikir barat yang terkenal dan berpengalaman di Singapura.

Kumpulan mempunyai pengikut yang ketara dalam kalangan masyarakat Melayu, terutama di kalangan belia.

Juara Gegak Gempita 2022 adalah Makyong Kedek; naib johan Andika Kencana dan tempat ketiga, Kelana Purba.

Berdasarkan suasana sepanjang pertandingan, jelas para penggiat dikir barat Singapura mempunyai hubungan seperti sebuah keluarga besar dengan setiap kumpulan mempunyai ciri, identiti dan keistimewaan yang berbeza-beza.

"Selepas dua tahun, saya bersama kumpulan turut berasa senang hati untuk menjadi sebahagian pertandingan ini. Apabila kami membuat persembahan kepada penonton yang turut hadir, kami dapat melihat reaksi dan sorakan mereka yang mengubat rindu kami." - Encik Safuan Maswan, tukang karut kumpulan Makyong Kedek, juara Gegak Gempita 2022.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg