Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Gegar Vaganza 7: Tiada penyingkiran peserta separuh akhir

Dec 07, 2020 | 01:57 AM



APA-APA sahaja boleh berlaku dalam pentas pertandingan realiti Gegar Vaganza (GV).



Jika tahun lalu, buat julung-julung kalinya dalam sejarah GV mahupun mana-mana peraduan realiti, dua finalis iaitu Hady Mirza dan Naqiu, dinobatkan sebagai juara bersama GV6, kali ini tiada penyingkiran berlaku di peringkat separuh akhir GV7 yang berlangsung Ahad malam (6 Disember) pula.



Cliff Umar, peserta dengan markah paling rendah (55 peratus), yang awalnya kelihatan pasrah di pentas Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) cukup terkejut apabila diumumkan masih ada lagu untuk beliau dendangkan pada peringkat akhir yang berlangsung pada 13 Disember ini.



Ini menimbulkan tanda tanya dalam kalangan warganet dan penonton siri popular Astro: "Apakah peserta yang tersingkir dalam pusingan suku akhir iaitu roker Singapura, Yantzen, akan dikembalikan sebagai kejutan peringkat akhir kelak?" bagi genapkan peserta peringkat akhir menjadi lapan - yang terbanyak dalam sejarah GV dengan kebiasaan enam finalis sahaja dalam konsert akhir.



Apa yang membuatkan sesetengah warganet mengharapkan Yantzen akan kembali adalah ekoran tuntutan peraduan yang memerlukan peserta bertarung secara berpasangan dalam pusingan 'Battle'.



Menambah saspens di dada penonton, Nabil Ahmad selaku pengacara GV, berkata:



"Sukar dianggarkan apa yang akan berlaku dalam GV. Pihak Astro memang menyajikan sesuatu yang sukar diramalkan...Mana tahu Abang Yantzen datang balik?...Kalau tidak, siapa nak 'battle' dengan seorang lagi peserta? Mesti ada 8 orang. Takkan nak 'battle' dengan kau (Jihan), aku atau Tok Ram?"



Namun, besar kemungkinan juga hanya tujuh finalis sahaja yang akan bertarung dalam konsert akhir GV7.



Ini memandangkan segmen duet bersama bekas juara GV diperkenalkan sebagai satu kelainan musim ketujuh ini. Tujuh mantan juara program ini iaitu Ayai, Siti Nordiana, Azharina, Aishah, Noryn Aziz, Hady Mirza dan Naqiu, masing-masing sudah dipasangkan dengan setiap daripada tujuh finalis GV7.



Justeru, yang menjadi perubahan kelak, ramal warganet, kemungkinan adalah format pusingan 'battle' ataupun penyingkiran seorang peserta selepas segmen lagu solo dan duet tamat.



Konsert separuh akhir pada Ahad malam (6 Disember) yang diadili juri tetap, Datuk Ramli MS dan Datuk Khadijah Ibrahim serta juri undangan yang kembali atas permintaan ramai, Datuk Syafinaz Selamat dan Jay Jay, memang sengit sehingga sukar meramalkan siapa yang akan tersingkir.



Di luar dugaan ramai, peserta 'underdog' (yang dijangka warganet akan terkandas separuh jalan), Oja,  yang Ramli anggap berbakat besar tetapi 'main-main' dalam pusingan minggu-minggu sudah menunjukkan 'taringnya' dan muncul sebagai peserta terbaik dengan markah 69.9 peratus.



Roker Muss yang disebut-sebut sebagai bakal juara kerana konsisten dan serba boleh berada di tangga kedua dengan markah 68.5 peratus. Beliau memukau ramai termasuk Syafinaz dengan keluar daripada zon selesanya bagi menyanyikan lagu keroncong, Kasih.



Jelitawan Linda Nanuwil yang menyanyikan lagu Anak dalam bahasa Tagalog dan lagu asal Agnes Monica, Teruskanlah, dianggap cemerlang oleh Ramli, berbeza dengan prestasinya yang naik turun sebelum ini. Linda meraih markah 68.3 peratus di tempat ketiga.



Ashira, seorang lagi peserta 'underdog' di tangga keempat dengan 65.4 peratus manakala Ayu Damit yang membuka tirai persembahan dengan lagu Datuk Sheila Majid, Dia dan lagu 'hit' Adele, Skyfall (runut bunyi filem James Bond) pula di tangga kelima dengan 65.3 peratus.



Ratu irama ethnik, Noraniza Idris, yang beberapa kali berada di tiga tangga teratas sebelum ini, jatuh ke tangga keenam dengan 55.1 peratus, hanya 0.1 peratus lebih daripada Cliff.



Kata warganet, Encik Halil Nasil:



"Saya boleh jangkakan dari awal tidak akan ada penyingkiran di peringkat separuh akhir. Semua peserta memberi yang terbaik dan layak ke pusingan akhir. Malahan, di sebalik kritikan ramai terhadap keupayaannya menyanyi dengan baik, saya merasakan Kak Ani (panggilan buat Noraniza) juga layak ke peringkat akhir kerana konsisten dalam kebanyakan minggu."



Seorang lagi warganet, Nur Mirza Rozaimi menambah:



"Serapkan sahaja Yantzen masuk dalam peringkat akhir, habis cerita. Dalam Instagram tengok suara Yantzen boleh tahan."



Seandainya Yantzen tidak dikembalikan sebagai kejutan konsert akhir, warganet seperti Anna Hanna menambah:



"Lagu pusingan 'Battle' boleh sahaja dinyanyikan tiga orang sebab Zamani pun pernah 'battle' dengan duo Billy Zulkarnain dalam pusingan akhir GV5."



Konsert akhir GV7 akan disiarkan mulai 9 malam di saluran Astro Ria (saluran 608 di Singtel TV) pada 13 Disember ini. Kapsul Gegar Vaganza pula akan disiarkan dari Isnin hingga Jumaat pada 6.30 petang dan diulang siaran pada 11 malam.



 



 



 



 



 



 



 



 



 



 



 



 



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >