Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

GEGAR VAGANZA 9’

'Gegar Vaganza 9' bantu kukuh jenama penghibur

Juara peraduan realiti, Jaclyn Victor, ketepi wang kemenangan buat pendidikan dua anak
Nov 29, 2022 | 05:30 AM



IBARAT menjunjung nama keluarganya 'Victor' (bermaksud pemenang), penghibur yang pernah dinobatkan sebagai Malaysian Idol (Musim Pertama) hampir dua dekad lalu, Jaclyn Victor, sekali lagi bergelar juara kelmarin.



Jaclyn, 43 tahun, membawa pulang RM100,000 ($30,676) dan hadiah pakej penginapan di Hotel Royale Chulan Cherating, Pahang; pakej percutian ke Paris, Perancis dan trofi hasil kemenangan di pentas Gegar Vaganza 9 (GV9).



Air mata membasahi pipi pelantun lagu Di Bawah Pohon Asmara itu apabila namanya diumumkan sebagai juara peraduan realiti Astro itu di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).



Beliau menyanyikan lagu Celine Dion, It's All Coming Back To Me Now, dan lagu Keala Settle & The Greatest Showmen Ensemble, This Is Me, bagi pusingan solo.



Dalam lagu pusingan 'battle' bersama kumpulan VE, Jaclyn keluar dari zon selesanya sebagai penyanyi balada dan R&B untuk dendangkan lagu hip hop The Real Slim Shady dan Sang Saka Biru.



Jaclyn meraih markah tertinggi iaitu 85.86 peratus, meninggalkan jauh naib juara, Bob Yusof, 42 tahun, yang mendapat markah 76.28 peratus.



Bob yang cuba melontar lirik rap bak peluru berpandu bagi lagu Ice Ice Baby dan lagu 'berhantu' masa kini Swipe, turut memukau dengan lagu rap epik Wings, Sejati.



Shila Amzah, 32 tahun, yang diuji dengan masalah radang tonsil bahkan kehilangan suara pada penghujung peraduan, berada di tempat ketiga dengan 76.02 peratus.



Tomok, 38 tahun, berada di tangga keempat dengan 75.83 peratus, disusuli dengan kumpulan VE di tangga kelima dengan 72.39 peratus, serta peserta Singapura, Hazrul Nizam, 42 tahun, di kedudukan keenam dengan 69.75 peratus.



Pada sidang media konsert akhir menyusuli pengumuman pemenang kelmarin, juri tetap, Datuk Ramli MS, Datuk Syafinaz Selamat dan Hetty Koes Endang, sebulat suara menyaksikan peningkatan prestasi semua peserta GV9 sepanjang 11 minggu.



Bagaimanapun, kelebihan Jaclyn, jelas Ramli sebagai ketua juri, adalah daya inteleknya sebagai penghibur yang bukan sahaja dapat memanfaatkan vokal bertenaganya sebaiknya di pentas serta menggabungkannya untuk satu persembahan kreatif yang diberi seluruh jiwa raganya.



Hetty pula berkata bahawa penyampaian dua lagu solo yang dilantunkan Jaclyn secara medley menggambarkan bahawa beliau adalah wanita yang kuat.



"Kededua lagu ini mencerminkan diri kamu, Jaclyn. Sangat kena dengan perjuangan kamu. Dari segi isi ceritanya, kamu berhasil menyampaikan emosi cinta, marah, sedih dan bimbang. Malam ini, kamu membuktikan keberhasilan kamu mendendangkannya," katanya.



Juri tamu, Edry Abdul Halim, yang mengulas pusingan pertarungan atau 'battle' pula, berkata beliau tidak pernah melihat Jaclyn begitu selesa dalam genre yang asing buatnya, iaitu hip hop.



"Saya lihat 18 tahun lalu anda dalam Malaysian Idol dan kini anda adalah versi diri anda yang jauh lebih cemerlang," katanya.



Kelegaan dapat dirasakan Jaclyn apabila GV9 melabuh tirainya. Beliau juga bercampur-baur berasa sedih dan gembira dek pengalaman berharga selama 11 minggu.



"Saya awalnya memang tak mahu masuk GV9. Tetapi apabila saya dah fikir-fikir dan ambil keputusan untuk ikut serta, saya tahu ia perjalanan yang mencabar.



"Rasa gementar tetap ada walaupun orang mungkin sangka saya sudah biasa berada di pentas menghiburkan ramai. Tapi GV9 ini adalah pada skala berbeza. Rasa takutnya lain macam.



"Saya lega dan banyak perkara yang saya pelajari daripada peraduan ini dengan kawan-kawan yang saling mencabar saya untuk usahakan yang lebih baik," jelas Jaclyn.



Dalam pertandingan minggu pertama, ibu tunggal dua anak itu menyatakan beliau mengalami masalah hidung yang sensitif pada asap rokok, asap 'vape' (rokok elektronik), habuk dan suhu dingin.



"(Kondisi) sinus saya semakin menjadi kalau suhu terlalu sejuk sehingga ia menyebabkan saya mempunyai kesukaran melontar suara ketika menyanyi. Sebelum ini, memang tak ada masalah begini," ujarnya, sambil berkata doktornya turut menyarankan agar beliau melalui pembedahan yang makan masa tiga minggu untuk pulih.



Wang yang dimenangi ingin digunakan bagi simpanan dan keperluan pendidikan anaknya, Jonah Joshiah Rivera, tujuh tahun, dan Molly Marguerite Rivera, lima tahun.



Jaclyn juga ingin meluangkan masa bercuti dengan anak-anak selepas ini.



Sementara itu, naib juara GV9, Bob yang membawa pulang RM50,000 dan pakej percutian ke Abu Dhabi dan Dubai, pula berharap kejayaan itu akan membantunya membina jenamanya semula.



"Persaingan antara peserta sangat hebat. Sejak menyertai GV9, saya tidak pernah terfikir perkara lain, apatah lagi meletakkan sasaran untuk berada pada kedudukan tiga teratas.



"Saya cuma harap dapat bina kembali jenama Bob Yusof menerusi program ini. Mengenai wang kemenangan, saya akan gunakan sebaik-baiknya untuk diri, keluarga dan pasukan yang bertungkus-lumus membantu sepanjang pertandingan," katanya.



Shila, yang disampaikan dengan hadiah RM30,000 dan pakej percutian ke Seoul, Korea Selatan, pula tetap menawan hati apabila menyanyi dan menari dalam takungan air di atas pentas. Busananya turut terkena tempias basah dek percikan air itu.



Itulah yang dapat diberikan meskipun agak kecewa dengan persembahannya.



"Pada Rabu, telinga saya pekak sebelah sebab ada bengkak dan jangkitan. Jumaat lalu, sewaktu pemeriksaan bunyi, memang dah tak okay tetapi selepas itu, semasa peringkat separuh akhir (rancangan nyanyian) Muzik-Muzik, nampak okay dan sudah baik.



"Entah bagaimana tiba-tiba rasa tak selesa semula pada peringkat akhir GV9. Sudah pasti kecewa, bukan dengan keputusan tetapi dengan persembahan saya sendiri," tambahnya.



  • Nota: Ulasan GV9 boleh didengar menerusi podcast Berita Harian, #NoTapis: Gegaran GV! di Spotify.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >