Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

RINGKAS

Gegar Vaganza 'kongsi kasih' dengan mangsa banjir

Dec 21, 2021 | 05:30 AM



DI tengah-tengah permintaan sesetengah pihak agar konsert minggu kelima peraduan realiti Gegar Vaganza 8 (GV8) ditunda ekoran musibah banjir yang melanda beberapa kawasan di Lembah Klang, pihak Astro mengambil keputusan meneruskan siaran langsung kelmarin.



Namun, saluran ini mengambil tindakan segera atas dasar keprihatinan untuk menghulurkan bantuan dengan menamakan konsert tersebut Konsert Gegar Vaganza Kongsi Kasih.



Melalui Yayasan Astro Kasih, Astro menghulurkan bantuan sebanyak RM80,000 ($25,907) kepada Tabung Bantuan Bencana Negara NADMA dan Mercy Malaysia (dengan peruntukan RM40,000 bagi setiap pertubuhan) untuk membantu mangsa banjir yang terjejas dek musibah tersebut ketika ini.



"Kami berharap, dengan adanya bantuan ini, ia sedikit sebanyak dapat membantu setiap daripada mereka yang terlibat dengan bencana banjir ini.



"Pihak GV juga akan turut menyalurkan bantuan tambahan kepada mangsa banjir.



"Pada masa yang sama, Astro juga turut melancarkan kempen pengumpulan dana sebagai usaha mengumpul sumbangan dan derma kilat bagi membantu mangsa banjir," kata Pengurus Saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh, dalam kenyataan yang dikeluarkan kelmarin.



Bantuan untuk mangsa banjir Monsun Timur Laut boleh disalurkan melalui Tabung Bantuan Bencana Negara ke akaun Bank Muamalat 1601-0001138-71-4, atau melalui MERCY Malaysia Flood Relief ke akaun Maybank 5621-7950-4126 & CIMB 8000-7929-08.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >