‘Gegar Vaganza’ tidak lapuk, jentera tetap kuat bakar semangat anak seni
Pengguna Berdaftar
‘Gegar Vaganza’ tidak lapuk, jentera tetap kuat bakar semangat anak seni
Peraduan realiti sarat hiburan, pendidikan dan sensasi masih banyak misi boleh digalas
Dec 18, 2023 | 5:30 AM
Sudah genap seminggu konsert akhir, All Stars Gegar Vaganza (ASGV), melabuhkan tirainya di Axiata Arena, Bukit Jalil.
Namun, sembang dan perbincangan dalam talian mengenai peraduan itu, baik tentang keputusannya atau persembahan bintang tertentu mahupun perihal juri yang terlepas cakap dan juri tamu yang tidak diketahui fungsinya masih lagi berlarutan.

