Premium
Gegaran artis 'Gegar Vaganza' di Singapura
Nov 8, 2018 | 5:30 AM
HIBURKAN PEMINAT: Juara Gegar Vaganza musim pertama, Ayai Ilusi (kiri), peserta musim kedua, Haiza (tengah) dan peserta musim ketiga, Zarul, akan bersama pelanggan Singtel TV pada Jumaat dan Sabtu ini. - Foto-foto fail -
KEMERIAHAN program realiti Astro Ria, Gegar Vaganza (GV), yang turut disiarkan di saluran Singtel TV, akan dibawa ke Singapura esok.
Jika sebelum ini rombongan FUYOHH! JOM yang terdiri daripada pelanggan Pek Inspirasi, Singtel TV, berpeluang menonton peringkat akhir peraduan itu di Kuala Lumpur, beberapa artis daripada musim GV lalu bakal menghiburkan mereka di sini.

