Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Gelaran Datuk ditarik balik dari 5 individu termasuk pelakon Farid Kamil, Boy Iman

Feb 14, 2021 | 05:38 PM



KUANTAN: Gelaran 'Datuk' telah ditarik balik daripada lima individu termasuk dua pelakon, Farid Kamil Zahari dan Boy Iman atau Noruliman A Rahman.



Akhbar Harian Metro melaporkan, Setiausaha Kerajaan Pahang Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak berkata, tarikh surat penarikan balik darjah kebesaran Farid Kamil dan Boy Iman iaitu Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) berkuat kuasa 1 Februari lalu.



Menurutnya, penarikan gelaran itu bagi menjunjung titah perintah Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.



"Dengan ini dimaklumkan bahawa Anugerah Darjah Kebesaran Negeri Pahang Darul Makmur kepada penama ditarik balik dan dibatalkan serta-merta.



"Penama tidak dibenarkan memakai sebarang gelaran yang dikurniakan dan perlu mengembalikan Darjah Kebesaran yang dikurniakan sebelum ini.



"Darjah itu dikembalikan kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang selaras dengan Undang-Undang Darjah-Darjah Kebesaran dan Bintang–Bintang Negeri Pahang," katanya dalam satu kenyataan.



Tiga individu yang turut ditarik balik gelaran Datuk ialah usahawan Encik Ricky Wong dan usahawan berketurunan Vietnam, Tran Thi Mai@Maimunah, yang masing-masing berkuat kuasa pada 1 Febuari lalu.



Gelaran Datuk bagi usahawan Syed Mohammad Faiz Syed Azemman berkuat kuasa pada 12 November 2020. - Harian Metro




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >