Premium
Gelaran 'Dewi Remaja' Haneesya Hanee ditarik balik
Jan 19, 2019 | 5:30 AM
DIPALIT KONTROVERSI: Haneesya Hanee didapati telah berfoya-foya di sebuah pesta arak di Kuala Lumpur dengan sebuah video yang merakamkan gelagatnya di pesta itu tular di media sosial. - Foto ASTRO GEMPAK -
TIDAK sampai seminggu Haneesya Hanee menyandang gelaran Dewi Remaja 2018/2019 - tahta yang meletakkan beliau sebaris dengan juara sebelum ini seperti pelakon dan hos acara Scha Al Yahya dan Neelofar - gelaran itu kini ditarik balik.
Ini berlaku gara-gara beliau didapati telah berfoya-foya di sebuah pesta arak di Kuala Lumpur dengan sebuah video yang merakamkan gelagatnya di pesta itu tular di media sosial.

